Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 10, 2013

Calon Suamiku ! :-)

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum bakal suamiku. 


Wahai bakal suamiku, sesungguhnya dirimu amat ku nanti dalm perjalanan hidup ini. Di siang mahupun malam hari, Ku tulis warkah ini dari hati, Moga ia menjadi lakaran permulaan yag indah buat kita. Pertamanya aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih kerana sudi mengambilku sebagai bakal isterimu. Terasa tidak lengkap kiranya aku hanya hidup bersendirian di alam ini tanpamu. Kebahagiaan kita sekeluarga terletak di tanganmu. Dikau laa yang menjadi peneraju dan nakhoda dalam rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ni sangat berat. Ia menagih keikhlasan , keimanan dan kejujuran yang tinggi daripadamu. 

Semasa engkau melamarku wahai bakal suami, masa itu syukurnya hanya ALLAH yang tahu. Air mata ini mengalir tidak terasa, mengalir kegembiraan yang penuh bermakna. Udara itu senang untuk digapai. Rasa yang tidak pernah ku alami, Hargai lahhh aku selalu.

Wahai bakal suamiku, rindu itu buah cinta, jika ia tiada maka cinta tak kan berbuah dan layu. Oleh itu, hidup denganmu, aku berharap rindu itu sentiasa bersemi. Biarpun terkadang terisi dengan air mata dan kesakitan namun perasaan itu laa yang sentiasa ada buat kita. Bakal suamiku, bahtera yang akan kita bina ini, ku harap sentiasa utuh dalam perjalanan kita bersama. Kau suamiku adalah pelindung dan pengemudi bahtera ini.

Aku berharap pengorbanan yang bakal kita lalui adalah merupakan pahit ubat yang menjadi penyembuh. Aku tidak berharap pengorbananmu semahal nabi ALLAH MUHAMMAD S.A.W. terhadap KHADIJAH, mahupun seutuh kasih nabi ALLAH IBRAHIM terhadap anaknya Ismail. Bakal suamiku, pengorbanan itu sesuatu yang perlu di waktu susah dan senang. Kerana ianya adalah mahar segala janji dan mahar yang paling berharga daripadamu.

Bakal suamiku, aku berharap cinta kita terikat bersama dengan cinta kita terhadap ALLAH S.W.T. Jika berkurang maka ditambah, jika bertambah maka bersyukur. Di dalam hidup aku berharap kepadamu tidak menganggapku terlalu sempurna kerana aku hanya laa insan biasa. Bimbing laa tanganku ini dalam melayari lautan ganas bersamamu. Sesungguhnya engkau adalah cerminan bagiku. Jika engkau berjaya, maka berjaya laa aku. Jika gagal, maka gagal laa aku. 

Ya ALLAH, terima kasih kerana dia ada dihati dan jiwaku. Moga kita sentiasa bermujahadah mencari ilmu keranaNYA. Aku selalu ingat kata2 ini " Jangan terlalu harapkan cinta manusia, cintai laa ALLAH dan Rasulullah S.A.W. n one more things "Jangan mengharap pada jodoh, tapi mengharapkan kasih dariNYA, jika jodoh tak kan kemana. Yang penting berdoa kepadaNYA selalu. InsyaALLAH :)

ALLAH telah menghantar seseorang yang mengajarku erti AURAT. Saat aku terlalu LEKA dengan DUNIA. Syukran YA ALLAH. Syukran kepada insan tersebut. Semoga ALLAH sentiasa memberi RahmatNYA. Doaku selalu mengiringimu. InsyaALLAH semuanya akan berjalan dengan lancar pada hari raya k2 nanti dengan kehendakNYA. Kita pasti berjumpa, Biiznillah dengan izin dariNYA. 

Sekian daripadaku, Bakal Isterimu. Sollu Alan nabiyy!! ^___^ Bye2, Wassalam. :-)

NUR DALILA DIYANA

Mood: Demam tapi tuk ciapkn n update warkah ini aku kuat ! akhirnya ciap, Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment