Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, June 29, 2013

Cinta Untuk Awak ! :-)


Dia kurniaan yang terindah bagi aku,
dia tak sempurna.
begitu juga aku.
tapi adanya dia,
dia yang melengkapi aku.

Awak,
ini hari saya merepek,
diam dan baca jewp apa saya nak cakap kat awak taw,
awak kan pendengar setia saya,
saya nak awak jadi pembaca setia saya jgakk boleh ??
bolehh lahhh yewp ^^

Awak,
terima kasih terima saya.
awak terima saya seadanya saya,
awak ubah dan tegur pemakaian saya,
awak biarkan saya dengan cara saya,
sebab awak sayang saya kerana diri saya yang sebenar.
terima kasih saya hargai.

Awak,
bukan senang nak bertahan kan.
juga bukan susah jika nak pertahankan
awak tetap dengan saya bila ada dugaan dalam hubungan kita.
awak bersama saya pertahan hubungan kita.
terima kasih buat saya rasa diperlukan.

Awak,
bila dengan awak.
saya terasa gembira sangat-sangat,
sebab awak bahagiakan hari saya.
saya jadi insan yang kuat bila saya dengan awak.
saya sentiasa tersenyum untuk awak

saya cuma nak awak tahu.
bukan senang saya kata cinta.
tapi mudah saya mengata sayang.
awak yang saya pilih untuk saya ucap
'SAYA CINTAKAN AWAK'
begini lah rupa cinta saya pada awak yang saya sayang.

:: Please be with me forever Mr. Amin Alfaqshah ! :-)

Friday, June 28, 2013

Alhamdulillah :)


Alhamdulillah ! Everything gonna be okay ! :-) Hari nieyh my precious day bcoz aku da dapat tawaran bekerja dekat FARMASI IMAN MEDICARE ! Lepas nieyh banyak nak kena tahu pasal ubat2 laa nieyh..aduyaiiii. Tapi tak pew aku akan cuba sedaya yang mungkin. Yelaa kerja sekarang susah nak dapat. S0 bersyukur laaa ! Rezeki ALLAH itu ada dimana2. Kita just perlu berdoa sahaja. Tak perlu untuk mengeluh tapi perlu bersabar n redha atas semuanya. Da boeh simpan duit tuk kawen da nieyh slow2..hahaha 



Thursday, June 27, 2013

Dear Awak ! :-)


Dear awak yang saya cinta, yang saya sayang n so on laa. U means everything to me dear ! Awak, terima kasih taw kerana tidak pernah membuat saya terlalu kecewa, merana, tertekan ataupun bersedih. Even kita berkenalan hampir 1 tahun 8 bulan, awak selalu menceriakan hari saya dan selalu berada di sisi saya sehinggakan kesedihan yang saya alami bertukar menjadi kegembiraan. Tapi kan kenapa saya masih terasa yang awak masih ragu dengan cinta saya dekat awak, kesetiaan saya dekat awak ? Awak tolong laa percaya yang saya just ada awak jewp lam hidup saya, tak kan ada orang laen, saya JANJI ! Setiap apa perkataan yang keluar dari mulut saya, semuanya BENAR dan JUJUR ! Saya tak pernah tipu awak. Satu lagi jikalau ada perselisihan faham antara kita, awak tolong laa dengar apa yang nak saya cakapkan n perjelaskan. Bagi saya peluang untuk bercakap. Jangan awak terus percaya semua yang berlaku.

Awak tahu tak setiap kali awak tuduh saya mesej or contact orang laen, hati saya terasa sakittttt sangat-sangat ! Saya minta maaf coz bagitahu hal ini. Awak tahu tak saya tak buat semua tuh. Hari-hari saya just mesej awak jewp. Tak ada sedikit pun niat saya nak cntact lelaki laen or nak menduakan awak. Even kalau kita gaduh sekali pun saya tak cntact orang laen, biar laa sminggu awak tak cntact saya pun. Saya tak kan rasa bosan or jemu untuk menanti call or text dari awak. Malahan saya akan terus menerus hantar msej dekat awak sampai laa awak reply mesej-mesej saya. Awak tolong laaa faham "SAYA SETIA DENGAN AWAK". Awak tahu tak saya da penat nak sayang orang lagi, saya da serik nak bercinta lagi, saya just nak awak jewp yang TERAKHIR lam hidup saya. boleh tak? Saya harap walau apa jua dugaan atau rintangan yang harus kita tempuhi, awak pertahankan laa hubungan kita nieyh. Tuh jewp yang saya mintak. Pleaseee ! 

Akhir kata, awak ingat laaa walau apa2 pun yang terjadi, saya akan selalu bersama awak. "SUSAH DAN SENANG KITA BERSAMA". Saya bahagia dengan awak dan saya TAKUT kehilangan awak ! Thank you 4 everything sayang ! I love you s0oooo Muchhh ! 


:: Jauh mana pun awak dengan saya, cinta saya tetap ada dengan awak sampai bila2 ! :-)


Wednesday, June 26, 2013

Cinta ! ;)


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya. 

Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya. 

Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya. 

Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu. 

Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu.



Wednesday, June 19, 2013

Never Ever Let You Go !


Sekiranya kekasih kamu sentiasa bertanyakan soalan yang sama  “ awak sayang saya tak?” Jangan anggap itu satu soalan yang membosankan. Itu tandanya dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang supaya kamu tahu betapa dia sentiasa mahu kamu ingat dirimu sudah dimiliki olehnya. :-)

Tuesday, June 18, 2013

The Only One for Me ! :-)


You are the only one for whom i desire, You are the only one whom i deserve the most, You are the only one who care, You are the one with i make a best pair. You are the only one who bear, The one with whom i can easily share, With whom i feel i can walk on air. You have a art to make me smile, You are one with whom i feel living a life is worthwhile. You understand all my emotions, With whom i feel i can cross millions of oceans. You make out all my expression, Solve my every question, You promise to hold my hand forever.

You are the who say "i cant live without you never ever". You are different from crowd, This is what which always make me feel proud, You have the best heart, And winning it is one among your finniest art.

your lover,

NurDalilaDiyana :-)


Saturday, June 15, 2013

Saya Sayang Awak ! :-)

Saya sayang kamu sangat-sangat taw. Saya cinta kamu taw ! :-)


Awak dah buktikan yang awak betol-betol sayang saya. Saya janji saya tak kan sakiti awak lagi walaupun hati saya yang sakit. Saya tak kisah semua tuh. Asal setia awak tetap ada pada saya taw sayang. Saya janji tak kan buat awak marah lagi. Bagi saya awak laa yang terbaek dan awak laa yang terhebat ! :-)

Saya sayang awak taw ! Ingat tuh. Saya sayang n cintakan awak sorang jewp taw. Saya tahu awak pun sayangkan saya jugakk kan ? Awak adalah segala-galanya bagi saya. Awak ajar saya macam mane nak hidup sebagai seorang yang tak pentingkan keseronokan semata-mata. Awak buat saya sentiasa fikirkan tentang masa depan. Awak buatkan saya untuk menjadi seorang yang lebih matang ketika berfikir. Dan awak juga mengajar saya macam mana nak membina sebuah keluarga yang bahagia.

Awak. Saya sayang awak. Serius awak. Saya tak tipu. Awak hadir dalam hidup saya hanya sekelip mata. Tapi awak berjaya mengikat hati saya. Awak dah berjaya ! Saya nak awak tahu, saya tak ada orang laen selaen awak. Saya tak nak ada orang laen di antara kita. 

ABANG, I LOVE YOU !

"Ya Allah, moga Engkau panjangkan laa jodoh kami sehingga ke akhir hayat kami. Kau satukan lah kami dalam keredhaanMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Aminnnnnnn" :-)

Bahagia ! (y)


satu hari tu saya cakap yang saya cinta awak..
awak pun cakap benda yang sama pada saya..
saya happy sangat awak..
awak ingat tak awak?


awak..
macam-macam janji awak pada saya kan awak..
awak kata awak nak sentiasa bersama dengan saya..
awak nak tempuh liku-liku hidup ini dengan saya..
awak kata awak nak terus berjuang untuk cinta kita..
saya bahagia sangat awak..


hari-hari berlalu..
cinta saya pada awak tak pernah berkurang pada awak pun..
semakin hari semakin saya rindu pada awak..
kalau boleh hari-hari saya nak mesej n call awak..
tapi takut ganggu awak pulak.


:: When I close my eyes, I'm with you, I LOVE YOU ! :-)


Thursday, June 13, 2013

Awak! Saya Rindu Awak !


Awak ! Saya rindu awak !
Rindu Sangat-sangat !
Boleh tak setiap saat awak ada dengan saya ?
Saya perlukan awak !
Bila kita boeh jumpa??


Saya sedeh ! :-(
I MISS YOU A LOT SAYANG ! 
Awak, awak jaga diri ek at sana !
Kita jauh !
Saya tak dapat tengok awak !
Awak pun tak dapat tengok saya !
Awak jaga diri taw ! :(
Kita bukan macam orang lain awak !
Kita tak selalu dapat jumpa ! 
Hope awak sabar ek !
Saya sentiasa ada dengan awak !


Awak + Saya = Our LOVE !
Ingat taw pesan2 saya !
Awak penting sangat buat saya !
Jangan noty2 k !
Saya rindu awak !
Kalau boleh setiap masa saya nak cakap saya rindu awak !
Awak DENGAR tak ??
Tolonggg laaa dengar ! huhuhu


Happy sangat2 bila awak ada dengan saya !
Awak, tolong laaa !
Saya perlukan awak !
Saya sayangkan awak !
Saya cintakan awak !
Awak jangan lupa saya ek !
n InsyaALLAH saya pun tak kan lupakan awak selagi saya masih waras !


Post nieyh khas tuk awak !
MOHD AMIN ALFAQSHAH !
Awak, nanti kita jumpa k !
Take care !
I LOVE YOU SO MUCH !



Tuesday, June 11, 2013

Semakin Hari Semakin Sayang !

Salam, entry kali ni aku just nak membuat pengakuan dekat relationship antara aku dgn kekasih hati..just nak cakap "semakin hari semakin sayang" . Eh boleh tak??? hehehe. Aku memang rasa sangat lah sayang dan cinta kat kekasih hati. Ni memang ikhlas dari hati aku. Yela sekarang ni kan dalam hati aku dah ada taman yang selalu kene jaga. Eh cewah poyo la plak. Aku memang tak nak lah cakap banyak banyak dekat entry kali ni..aku malu lah (dalam keadaan senyum kambing sorang sorang) hehehe. Yang penting aku dah luahkan apa yang aku rasa dlm hati ni. Aku dah pun buat pengakuan. Tapi ni memang benar. Semakin hari semakin sayang aku dekat kekasih hati aku. Nak nak mendapat restu daripada mak ayah. Aku lagi lah rasa sangat sangat sayang dekat kekasih hati. Kepada sesiapa yang nak termuntah dan meluat dengan pengakuan aku tadi. Harap maklum okey kerana aku just tujukan khas dekat kekasih hati bukan dekat korang. Harap maklum!!! hehehe. Kepada kekasih hati, saya sangat sayangkan awak. Saya sangat cintakan awak. Saya sangat perlukan awak dan saya harap awak pun sayangkan saya, awak pun cintakan saya, awak pun perlukan saya. Saya harap kita sama2 jaga relationship kita ni okeii? :-)


Yeyeye! Saya Sayang Awak :-)


Aku mencintaimu bukan sebab apa yang ada padamu. Aku mencintaimu kerana hatiku yang memilihmu. Aku mencintaimu kerana kau layak menerima cintaku. Bersamamu, aku yakin cintaku kan menjadi cinta yang dewasa. Aku mencintaimu dengan cinta yang terus bertambah dari waktu ke waktu. Hari ini aku mencintaimu lebih dari hari kemarin. Aku mencintaimu untuk mewujudkan kebahagiaan dalam hatimu. Apapun kan aku lakukan untuk kebahagiaanmu. Sebab kebahagiaanmu adalah kesempurnaan cintaku. Tak kan ada yang lebih membahagiakanmu selain cinta yang tulus. Dan itu kan kau dapatkan dari cintaku.

KERINDUAN PADAMU 1 KEKUATAN, 
MENYAYANGIMU 1 KELEBIHAN, 
MENCINTAIMU 1 KEPERLUAN, , 
MEMBAHAGIAKANMU 1 KEPENTINGAN!!!

p/s: Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Kenapa Sarung Cincin Jari Manis?


Pasangan kita adalah anugerah yang tidak ternilai buat kita. Pernah dengar tentang falsafah lima jari?Tahukah korang mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?? Kini satukan kedua-dua belah tangan korang & bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya. Try la.

1. Ibu Jari
Cuba buka ibu jari korang. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua kita. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.

2. Jari Telunjuk
Buka pula jari telunjuk korang. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga & mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.

3. Jari Kelingking
Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak kita. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan kita. Tutup kembali jari kelingking.

4. Jari Manis
Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana kita menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa korang tak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri kita. Tiada yang dapat memisahkan kita & pasangan kita, kerana kita berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. So, hargailah pasangan kita!!!ai ai Aishiteru <3



Genap 1 Tahun Yang Lalu

Bwt bidadariku =(

Assalamualaikum by...

1st skali,abg nk mnx maaf sgt2 ngn by sume salah n clap yg abg da pnh bwt kt by. By igt la, abg xkn skalipun menduakan by. Abg sumpah by. Byk nye kngn yg kte da lalui same2 spnjang kte sthun kan? hurmmm terlalu byk yg kte sme2 bwt. Abg harap by xkn lupakan abg bila kita jauh t. Xkn mcg or cntact laki len. By igt taw sume jji2 kte. Jgn skali2 by bwt sume yg abg xske. Abg nk by jge aurat by btol2 law kt luar nnt. By taw x ape impian abg?? Abg harap satu hri nnt abg dpt lafaz akad yg sah ngn by. Insyaallah by. Nie jji abg ngn by! n satu ag impian abg, abg hrp sgt2 lps ni abg jmpe by, by da pakai jubah n tudung yg ttp dada. By nk taw x??tiap kali by pakai cmtu, abg terasa tenang sgt2 by. Coz org len xkn dpt tgk badan by mcm tu je. By igt taw. Tlng tunaikan impian abg sblum abg xde kt dunia ni, sblum igtn by dh lupa kt abg. Abg harap sgt2!! Smoge satu hari nnt by akn jd milik abg yg sah. Maafkan abg law slame ni still ade kekurangan kt diri abg. Abg da cuba utk jd yg terbaik untuk by. By pcye la kt abg, abg sumpah xkn ade pmpn laen slagi by setia, selagi by sayang abg spenuh hati by!=(

Berat sgt2 abg nk jmpe by mlm ni. Maklumla, maybe ni mungkin mlm last kte kuar same2. By kan jauh dr abg lps ni =( Abg mnx maaf sgt2 coz diam je ngn by td. Sbnrnye abg duk igt sume kngn2 kte same2 by. Smpai xsedar sume abg fikir tu bwt air mata abg mngalir. Maybe by xsedarkan??msti by igt abg xnk layan by. Ntahla, abg tkot sgt2 hilang by ag. Abg terlalu syg kt by!! Byk sgt2 mnde yg by da bwt, yg xkn abg lupekn. Abg jji ngn by, xkn ade org yg akn gnti tmpat by. Biarla abg syg by sorg smpai abg mati. Tu sume da ckup by. By, tenks taw cz hari2 by masak kt abg. Xpnh slame abg hdup, ade org take care mcm ni skali kt abg, kcuali r my mum. Abg bgga sgt2 by dpt org mcm by. By cukup sempurna bwt abg ,cukup2 bwt hati abg tertarik ngn by. Dengan nama allah, abg ikhlas ngn by. Langsung xde niat abg bsame by cz by lawa, cz by pndai masak, cz by pandai amk haty abg. Abg xamk taw sume bnde tu. Abg just syg by ikhlas dr hati abg. tanks cz by sudi berubah jd yg terbaik dr dlu. Mase kite mule2 knl. Abg hrp, tudung ur sntiasa lekat kt kepala by taw! Byknye by ubah diri by krna abg kan?? Tenks syg!! Abg hargai sume yg by bwt. By jage family by baek2 taw. Dgr ckp mama ngn abah. Jgn kcewakan hati parents by. Abg xnk r bakal wife abg seorg ank yg derhaka. Tp abg taw by xkn mcm tu kan?? =) Nntikan, abg mesti rndu masakan by, rndu nk maen tudung by, rndu nk tarik hdung by, rndu nk tgok by pakai jubah, rndu sume2 lah pasal diri by!! By igt satu bnde taw. Jd pmpuan solehah ye syg.

           "Abg milik by spenuhnya, By milik abg spenuhnya!!"

By simpanla sume kngn kita same2. Jgn skali2 buang taw. Hargailah sume mnde yg abg da bg kt by. Walaupun hadiah2 abg bg xbrnilai, tp abg ikhlas. Xgune law kita bg hadiah mahal2, tp kita xikhlas kan by? Byy!!!!!!!!!!!!!!!! Abggggg saaayyaaannngggg by sgt222!!!!!! taw!!!!!!!!! Moge tarikh 02/10/2011 xkn ade penghujungnya bg kita. Insyaallah. By,andai lpas nie abg xde kt dunia ni ag, abg nk by taw abg sentiasa syg by, abg da maafkn sume salah silap by kt abg. Abg harap sume yg abg bwt kt by xde kurangnye. Abg slalu doakn biar tuhan amk nyawa abg dlu dr abg tgk by bhgia ngn org len. Jgn lupe abg taw by. By trlalu bhrga bwt abg. Xpela by, stakat ni jela yg mmpu abg luahkn kt by. Ble by rndu abg, by bacela sume ni. Sume yg abg tulis ikhlas dr hati abg bwt insan yg paling abg sayang (NUR DALILA DIYANA BT CHE ZAKARIA) Smoge lepas ni kita akn jumpa ag syg! =(

         ."EveRYtimE i SeE yoU likE my fiRst tiMe witH YOu!!".

Ikhlas dr hati,

MOHD AMIN ALFAQSHAH

p/s: Sampai sekarang by ingt n pgang kata2 lam surat nieyh taw ! :-)

Monday, June 10, 2013

teriMa KaSiH sayANg =(

                                      
By...

Tenks atas segala-galanya. Kejujuran by, keikhlasan by, nyata menambat hati abang untuk terus setia disisi by. Biarpun abang pernah merasa ragu dengan kejujuran by, Biarpun abang pernah mengetepikan diri by dalam mencari erti cinta yang sebenar, by tetap terus menanti abg. Nyata tidak pernah walau sekdikit pun kasih by pudar buat abg. Kenapa by ? Kenapa by sanggup pertaruhkan cinta by demi mencari diri abg ni? Mengapa by x pnh jemu utk terus menagih cinta dr abg? Biarpun abg pnh buang by dari hdup abg. Namun by tetap diri by. X pnh luak rasa kasih by pada abg. Benarkah kata org Cinta tu Buta??

By...

Tnpa abg sedar, cinta sejati yg abg cari sbnrnya dah lama ada pada by. Cuma abg yang masih buta untuk menilainya. kerana kekecewaan semalam. By mjadi pengubat duka abg untuk kesekian kalinya. Tetap utuh berdiri cinta by pada abg. Abg akui kini. By sememangnya diciptakan buat abg. Maafkanlah abg kerana kesilapan silam yang pernah abg lakukan. abg tahu hati by terasa dengan sikap abg.

Terima kasih sayang...

Kerana sudi menerima diri ini. Terima kasih kerana x pernah jemu menyayangi diri abg. Terima kasih kerana berjaya pertahankan cinta suci mu buat ku. Terlalu sukar rasanya untuk abg teruskan hdup ini tanpa kasih-sayang dari by. Terlalu sukar untuk abg cari sebuah CINTA agung yang suci seperti by...

By... .

Abg Panjatkan doa padaNYa yang telah menemukan kita. Abg bersyukur kerana dipertemukan dengan by. Abg berjanji demi CINTA dan SAYANG kita, Percayalah, abg akan terus setia berdiri teguh untuk terus mempertahankan CINTA kita yang suci. Dalam diam airmata ini akan sentiasa mengalir tanda kegembiraan atas bahagia yang tercipta di antara kita...

Ketahui lah by, abang sayang, hanya by seorang! Selama-lamanya! If I ever really in LOVE, it's all because of you, Our LOVE will always REMAINs Forever!

Your Hubby..


MOHD AMIN ALFAQSHAH

Calon Suamiku ! :-)

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum bakal suamiku. 


Wahai bakal suamiku, sesungguhnya dirimu amat ku nanti dalm perjalanan hidup ini. Di siang mahupun malam hari, Ku tulis warkah ini dari hati, Moga ia menjadi lakaran permulaan yag indah buat kita. Pertamanya aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih kerana sudi mengambilku sebagai bakal isterimu. Terasa tidak lengkap kiranya aku hanya hidup bersendirian di alam ini tanpamu. Kebahagiaan kita sekeluarga terletak di tanganmu. Dikau laa yang menjadi peneraju dan nakhoda dalam rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ni sangat berat. Ia menagih keikhlasan , keimanan dan kejujuran yang tinggi daripadamu. 

Semasa engkau melamarku wahai bakal suami, masa itu syukurnya hanya ALLAH yang tahu. Air mata ini mengalir tidak terasa, mengalir kegembiraan yang penuh bermakna. Udara itu senang untuk digapai. Rasa yang tidak pernah ku alami, Hargai lahhh aku selalu.

Wahai bakal suamiku, rindu itu buah cinta, jika ia tiada maka cinta tak kan berbuah dan layu. Oleh itu, hidup denganmu, aku berharap rindu itu sentiasa bersemi. Biarpun terkadang terisi dengan air mata dan kesakitan namun perasaan itu laa yang sentiasa ada buat kita. Bakal suamiku, bahtera yang akan kita bina ini, ku harap sentiasa utuh dalam perjalanan kita bersama. Kau suamiku adalah pelindung dan pengemudi bahtera ini.

Aku berharap pengorbanan yang bakal kita lalui adalah merupakan pahit ubat yang menjadi penyembuh. Aku tidak berharap pengorbananmu semahal nabi ALLAH MUHAMMAD S.A.W. terhadap KHADIJAH, mahupun seutuh kasih nabi ALLAH IBRAHIM terhadap anaknya Ismail. Bakal suamiku, pengorbanan itu sesuatu yang perlu di waktu susah dan senang. Kerana ianya adalah mahar segala janji dan mahar yang paling berharga daripadamu.

Bakal suamiku, aku berharap cinta kita terikat bersama dengan cinta kita terhadap ALLAH S.W.T. Jika berkurang maka ditambah, jika bertambah maka bersyukur. Di dalam hidup aku berharap kepadamu tidak menganggapku terlalu sempurna kerana aku hanya laa insan biasa. Bimbing laa tanganku ini dalam melayari lautan ganas bersamamu. Sesungguhnya engkau adalah cerminan bagiku. Jika engkau berjaya, maka berjaya laa aku. Jika gagal, maka gagal laa aku. 

Ya ALLAH, terima kasih kerana dia ada dihati dan jiwaku. Moga kita sentiasa bermujahadah mencari ilmu keranaNYA. Aku selalu ingat kata2 ini " Jangan terlalu harapkan cinta manusia, cintai laa ALLAH dan Rasulullah S.A.W. n one more things "Jangan mengharap pada jodoh, tapi mengharapkan kasih dariNYA, jika jodoh tak kan kemana. Yang penting berdoa kepadaNYA selalu. InsyaALLAH :)

ALLAH telah menghantar seseorang yang mengajarku erti AURAT. Saat aku terlalu LEKA dengan DUNIA. Syukran YA ALLAH. Syukran kepada insan tersebut. Semoga ALLAH sentiasa memberi RahmatNYA. Doaku selalu mengiringimu. InsyaALLAH semuanya akan berjalan dengan lancar pada hari raya k2 nanti dengan kehendakNYA. Kita pasti berjumpa, Biiznillah dengan izin dariNYA. 

Sekian daripadaku, Bakal Isterimu. Sollu Alan nabiyy!! ^___^ Bye2, Wassalam. :-)

NUR DALILA DIYANA

Mood: Demam tapi tuk ciapkn n update warkah ini aku kuat ! akhirnya ciap, Alhamdulillah.

Andai Kamu Tahu :)


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Maaf dan Memaafkan Amalan Yang Mulia

Entry ni bukan nak cerita pasal salah saya salah dia atau  siapa-siapa. Saya cuma nak membicarakan tentang perkataan 'Maaf'. Kata Maaf ni amat sinonim untuk dilafazkan bila kita buat salah dengan seseorang, right? Tapi bayangkan kalau kita selalu sangat buat salah dengan orang yang sama. Tak kan nak minta maaf banyak kali? Orang tu pun boleh muak dengan kata maaf kita. Ada orang kata..

"kalau kita minta maaf balik-balik, kata maaf kita tu jadi 'murahan' "

Betul. Memang kata maaf kita jadi sangat murahan kalau kita balik-balik minta maaf. Tapi hakikatnya, itulah benda yang harus kita buat kalau kita salah cuma kena betul caranya supaya tak nampak murah sangat. Simple ja. Kalau kita buat salah, minta maaf lepas tu ubah diri kita. Ada orang kata...

"lepas minta maaf, perangai tetap sama macam dulu, buat salah yang sama jugak.. kalau macam tu tak payah minta maaf!"

Kalau Imam Syafie suka menjawab dengan menggunakan logik akal. Cuba fikirkan, ada tak bijih benih kalau kita baling ke tanah, dalam masa sehari terus jadi pokok dan berbuah? Rasanya tak ada. Kalau tak percaya, pergi buat eksperimen sekarang. Macam tu jugak dengan manusia.. Tiada manusia yang boleh berubah jadi baik dalam sekelip mata. Semuanya memerlukan masa yang lama. Tak mengapa kalau memerlukan masa, kerana hasilnya pasti berkualiti. Yang penting kita kena banyak bersabar. Jangan baru bebuah, belum masak sudah dipetik dan dikritik hasilnya. Adunan kek baru masuk oven, tekan 200 darjah selsius, baru 5 minit terus keluarkan, mesti hasilnya teruk sangat. Memang manusia dicipta dengan sifat tidak sabar seperti firman Allah..

"manusia itu diciptakan mempunyai perasaan gelisah dan keliru dan tidak sabar. Apabila ditimpakan kesusahan dia keluh kesah, apabila dianugerahkan kebaikan dia jadi sombong, kecuali orang yang solat dan tetap melakukan solat." Surah al-ma'arij 19-23.

Tetapkan niat untuk berubah dan tetap sabar. Allah tak pandang hasilnya tapi Allah pandang usaha kita untuk berubah. Dunia ini hanya penjara buat orang islam dan kita akan menuai hasilnya di akhirat kelak. Kalau kita ada buat salah dengan sesiapa pun, tak kira umur, kena minta maaf. Kalau kita buat salah dengan Allah kita mohon ampun dengan Allah tapi bila mana kita buat salah dengan manusia, kita kena minta maaf dengan manusia. Boleh jadi hanya disebabkan kita tidak mendapat kemaafan dari manusia yang kita buat salah dengannya di dunia dulu, seseorang yang sepatutnya masuk Syurga ditarik ke dalam neraka. Nauzubillah..

Kalau ada orang yang buat salah dengan kita, cuba maafkan. Meskipun sukar tapi cuba kita fikirkan. Siapa kita nak bongkak tak nak maafkan manusia yang buat salah dengan kita? satu jari kita tunjuk dia kerana kesalahannya, empat lagi menuding ke arah diri kita sendiri. Sebenarnya tiada istilah 'maaf murahan' hanya disebabkan dia balik-balik minta maaf, malah itulah kata maaf yang paling mahal. Kerana kita yang sebenarnya salah menilai kata maaf seseorang itu. Hanya Allah saja tau sama ada kata maaf itu ikhlas atau tidak. Kita sebagai hamba terima saja maafnya dan melupakan hal lalu. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang sanggup memaafkan salah manusia lain meskipun terlalu sukar.

Sifat Pemaaf Mampu Elak Perpecahan


PEMAAF antara sifat luhur yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Banyak ayat al-Quran dan hadis. menekankan keutamaan sifat itu. Ia juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf.

Bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi?

Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadang kala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu.  Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekali pun. Punca itu boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar.

Jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan hingga melakukan pembunuhan.

Sebagaimana yang kita dengar pelbagai kes tidak masuk akal berakhir dengan tragedi pembunuhan menyayat hati.

Sebagai makhluk yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan, berdoalah kepada Allah supaya hati kita sentiasa dilembutkan serta dipermudahkan untuk menghulurkan kemaafan sekali pun kita berada di pihak yang benar.

Apa yang mendukacitakan, ramai kalangan isteri atau suami, ibu atau bapa terlalu berat untuk memaafkan kesilapan pasangannya dan kesalahan anak-anak mereka.

Mereka memiliki sifat keras hati dan tidak mahu mengalah apabila berada dalam situasi genting. Malah, ada yang sanggup bersumpah untuk tidak mengampunkan dosa dan kekhilafan sekali pun diminta berkali-kali.

Sikap negatif seumpama itu jika dibiarkan berleluasa dalam keluarga hanya membawa kepada pecah-belah dan anak-anak menjadi mangsa perceraian.

Rasulullah adalah contoh terbaik kerana sifat terpuji terserlah pada diri Baginda yang tidak pernah menunjukkan rasa marah hatta jauh sekali menyimpan perasaan dendam dalam hati.

Biar pun pelbagai cara dilakukan orang kafir dan Yahudi yang mengguris perasaan Baginda. Antara kisah paling masyhur berkenaan sifat mulia Baginda adalah diracun seorang perempuan Yahudi.

Walaupun sahabat iaitu Bisyir bin Barra meninggal dunia selepas memakan daging kambing diberikan perempuan itu.

Namun Rasulullah tetap memaafkan kesalahannya malah berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dan hidayah hingga akhirnya beliau memeluk agama Islam.

Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah tidak pernah memukul sesiapapun, baik kepada isteri Baginda mahu pun pembantu Baginda, kecuali ketika berperang di jalan Allah. Dan Baginda tidak pernah membalas sedikit pun kepada sesiapa yang menyakiti hatinya, kecuali dalam perkara larangan Allah.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Anas menceritakan: “Ketika saya tengah berjalan bersama Rasulullah dan pada ketika itu baginda tengah mengenakan selimut tebal dari Najran. Seorang Arab Badwi mengetahui hal itu lalu menariknya dengan kasar sambil berkata: ‘Hai Muhammad, serahkan padaku harta Allah yang kamu miliki. Maka Rasulullah pun tersenyum dan Baginda pun memakbulkan permintaan orang itu.” (Hadis riwayat Muttafaq Alaih).

Tiada ubat paling mujarab merawat penyakit hati melainkan dengan berlapang dada, memberi kemaafan secara ikhlas dan mengembalikan ketenteraman, ketenangan serta menambahkan khusyuk ketika beribadat.

Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain, yakin dan percaya bahawa setiap keterlanjuran yang berlaku adalah ujian Allah. Mereka tidak terbelenggu dengan rasa marah berpanjangan. Pemaaf adalah mereka yang mulia di dunia dan akhirat.



Aku Terima Kau Seadanya !


Lama betul tak update blog, dah berhabuk nieyh, hishhhhhh3. Bukan tak mau update blog tapi kadangkala masa tak mengizinkan, biasa laa busy dengan pelbagai kerja. Okeii laa agak malas nak berceloteh panjang lebar. Kali nieyh aku just nak kongsi something yang aku rasa smua orang tak kisah laa boy/gurl, iaitu AKU TERIMA KAU SEADANYA. Apakah maksud disebalik ayat ini. Aku akan kongsi apa pendapat aku n apa yang aku rasai okeii.

Kita di atas muka bumi ini dijadikan secara berpasangan seperti siang  malam, bulan bintang, kasut stoking, bunga pasu dan lain2 lagi. Macam tuh jgakk kita dilahirkan secara ataupun untuk hidup secara berpasangan lelaki dan perempuan. Apabila kita sudah kenal seseorang itu, adakah kita betul2 kenal dengan pasangan kita tersebut, sebab kita lahir dari keluarga yang berbeza begitu jgakk sebaliknya. Kadangkala mulut jewp cakap " Saya dah kenal sangat2 dengan apa yang ada pada diri awak" tapi dalam hati adakah kita sudah betul2 kenal. Mulut boleh tipu tapi hati tak kan tipu. Bila kita sudah betul2 kenal dengan seseorang itu kita akan nampak baek buruk, lebih ataupun kurang yang ada pada diri pasangan kita itu. Dari situ jgakk lahhh ada sesetengah orang sukar untuk menerima apa adanya pada diri pasangan. Nak bagitahu ckit nieyh, dalam dunia nieyh semua manusia tiada yang sempurna., so tak perlu laa nak cari pasangan yang sempurna sangat, takut2 nanti diri sendiry yang merana. Ingat tuh ! Peringatan untuk diri sendiry jgakkk. Terima lahh baek buruk, lebeh ataupun kurang yang ada pada pasangan tuh, InsyaALLAH satu pasangan itu akan menjadi sempurna dan melengkapi antara satu sama lain apabila masing2 dapat menerima pasangannya seadanya pada dirinya yang sekarang dan akan datang, bukan dirinya yang dahulu. Pernah tak dengar orang kata jika kita banyak persamaan dengan pasangan kita itu adalah kita serasi dengan pasangan kita. Tapi setelah sekian lame berfikir, aku rasa untuk mendapatkan keserasiaan antara satu sama lain, kena memahami dan menerima pasangan kita tuh seadanya.


Aku tulis entry nieyh pun sedikit sebanyak ada kene mengena dengan diri aku. Sekarang aku sudah boleh menerima seseorang lam hidup aku, menerima dia seadanya, kalau boleh aku nak sehidup dan semati dengan  dia hingga akhir hayat dengan membina sebuah hubungan yang halal di sisi ALLAH S.W.T. Apapun sekarang untuk itu, aku hanya mampu berdoa dan bertawakal, kita hanya merancang, tapi ALLAH S.W.T. yang akan menentukan segalanya, jika antara kami ada jodoh ianya tak kan kemana walaupun banyak halangan ataupun rintangan yang peru ditempuhi. Buat masa sekarang apabila aku sudah boleh menerima seadanya diri dia lam hidup aku, aku tak pandang lelaki lain sebab bagi aku dia sudah cukup membuatkan hidup aku bahagia walaupun kadang2 kteowg sering gaduh. Tapi pada masa yang akan datang aku tak tahu apa yang kan berlaku. Apapun terima dengan redha dan senyum sahaja, apa yang dirancang oleh ALLAH S.W.T. untuk hambanya pada masa depan, semuanya adalah yang TERBAEK. Hanya Dia Maha Mengetahui.

Cukup, cukup sudah, cukup sampai setakat nieyh sahaja. Jika ada perkara menarik lagi, InsyaALLAH aku akan kongsi untuk bacaan semua. Sebagai penutup entry nieyh, aku hanya nak bagitahu pada seseorang yang amat2 bermakna dalam hidup aku sehingga sekarang aku sayang dia, dan AKU TERIMA KAU SEADANYA, apapun masa yang menentukan segalanya. Pintu hati aku buat masa sekarang belum terbuka untuk mana2 lelaki sebab dalam hati aku cuma ada dia, dan dia laa segalanya buat masa sekarang bertakhta di hati aku selamanya. credit to : Mohd Amin Alfaqshah