Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 6, 2013

"Just For You Dear"


BUAT AWAK ..

Bukan kerana rupa, harta, pangkat atau nafsu saya memilih awak. Mungkin awak adalah doa yang selama ini saya pohon yang ALLAH makbulkan. Alhamdulillah. InsyaALLAH segala pesan awak saya ingat. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang ALLAH. Saya mohon, tolong jangan ragu dengan saya. Kerana ALLAH saya inginkan awak. Jujur tiap kali dengar awak mengaji buat saya tersentuh :') Saya percaya ALLAH Maha Penyayang. Dia sayang saya dan pertemukan saya dengan awak. Awak yang selalu ingatkan saya tentang solat, tentang agama. Saya percaya pada cinta selepas nikah. Apapun jadi kalau jodoh milik kita, kita tetap akan bersatu kan? Simpan rindu, simpan sayang, simpan cinta. Semua kerana ALLAH. Kita cuma perlu berdoa dan terus berdoa semoga jodoh milik kita. Aminnnnnnn. 


AWAK..

Kerana ALLAH saya ingin memiliki awak, maka tiada lain yang saya ingin miliki melainkan awak. Hanya awak! Tolong jangan ragu dengan saya. Tapi tetap percaya dengan apa yang ALLAH rancangkan untuk kita. Ada jodoh atau tidak, ALLAH Maha Mengetahui kebaikan buat kita dan kita tidak berhak mempersoalkan rencana-Nya.


Ada kebaikannya andai kita jarang berhubungan sesama sendiri. Mungkin dapat menghindarkan hasutan syaitan supaya kita terus leka dengan percintaan. Nauzubillah sungguh saya tidak mahu mencintai awak melebihi dari saya mencintai ALLAH. Izinkan saya mencintai ALLAH lebih dari saya mencintai awak. Yang kedua saya perlu mencintai keluarga saya terutama abah dan mama saya. Selepas itu baru laa awak =) Saya harap awak faham.

Jangan marah kalau saya kurang layan awak. Jangan marah kalau saya kurang berhubung dengan awak. Ketahui laa saya sendiri sedang berjuang untuk tidak terhasut dengan hasutan syaitan yang selalu suka mengapi-apikan kita. Yang selalu ganggu dan meracau fikiran kita untuk mendirikan masjid. Maafkan saya ye awak. 

Demi ALLAH, hanya awak. Kerana ALLAH, hanya awak. Tiada lain, bersabar laaa. Terima kasih tuk segalanya :-)

" Rasa Kecewa "


Setiap antara kita pernah rasa kecewa dengan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita. Mungkin kita pernah kecewa dengan masalah keluarga, putus cinta, atau gagal mencapai sesuatu yang kita impikan dan usahakan selama ini. Rasa kecewa adalah sesuatu yang normal dan adakalanya sukar dielakkan namun jangan sesekali membiarkan rasa kecewa ini menguasai diri kita.

Rasa kecewa yang ada dalam diri kita, kalau tak dapat dikawal, boleh menyebabkan kita mengalami masalah kemurungan atau tekanan perasaan. Sekiranya ianya dibiarkan begitu saja, ada kemungkinan kita bertindak diluar jangkaan seperti cubaan membunuh diri.

Ada pelbagai cara untuk kita mengurangkan kecewa yang ada dalam diri kita. First, TERIMA KENYATAAN. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Kita perlu redha dengan segala ketentuaanNYA. Adakalanya sesuatu yang terjadi dalam hidup kita adalah untuk menyedarkan dan menginsafkan kita.

Secondly, BERFIKIR SECARA POSITIF. Jangan terlalu mengikut perasaan dan emosi. Kita perlu pandai mengawal perasaan kita sendiri. Cuba pandang masalah kita dari pelbagai aspek. Berusaha untuk bangkit semula dan ubah nasib kita.

Thirdly, LUAHAN PERASAAN. Cuba luahkan masalah kita kepada seseorang yang dipercayai seperti keluarga atau sahabat baik. Cuba dapatkan pandangan dan nasihat dari mereka. Pastinya dapat mengurangkan sedikit kekecewaaan kita. Then, PERMULAAN BARU. Cuba beri tumpuan pada hidup kita dan cuba untuk tidak mengulanginya. Fokuskan kepada sesuatu yang mampu membangkitkan semangat kita. Jangan biarkan perkara yang remeh menghancurkan hidup dan masa depan kita.

Lastly, memang bukan mudah untuk memadamkan rasa kecewa yang kita alami. Namun kita tak sepatutnya membiarkan sesuatu dugaan menjadi penghalang untuk kita terus maju melangkah ke depan. Gagal hari ini tak bermakna kita gagal untuk selamanya. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang cuba mengubahnya. Kalau di ikutkan jugakk perasaan dan emosi tuh, sampai esk n smpai ble2 pom tak habis. So tuk menghilangkan rasa kecewa tuh, just stay cool n think positif. ALLAH ALWAYS BE WITH US :-)

#PeringatanUntukDiriSendiri :D 

Thursday, September 5, 2013

"Aku Akan Terus Bersabar!"


Alhamdulillah .. hari ini rasa lebih baik .. mungkin aku bukan seorang yang kuat , tapi aku tahu aku adalah seorang yang sabar .. so Insyaallah segala ujian dan dugaan semua akan dihadapi dengan baik .. tu lah orang cakap " darah manis ni jaga diri elok2 , banyak ujian " .. ada kebenaran , sebab aku sendiri dah rasa .. sebelum ni dengar orang bercerita je , tapi bila dah rasa sendiri baru lah faham .. Ujian itu datang dengan pelbagai cara .. kita mungkin diuji dengan cara begini , tetapi orang lain lebih berat ujiannya dari kita .. kadang2 masalah yang datang itu macam2 percik2 api jek , tapi boleh menjadi api besar . 

Sebenarnya , dalam tempoh bertunang atau tidak .. ujian dan dugaan itu tetap akan datang samada kita dalam tempoh bertunang atau pun tidak . Tetapi sewaktu bertunang itu geloranya sedikit lebih dari biasa . Bagaimana kita menjaga emosi kita , kewangan , perhubungan dengan pasangan , keluarga / keluarga pasangan . Masa bertunang ni , serba sedikit kita akan dapat lihat perangai dan peribadi pasangan kita .
Syaitan memang tak suka hamba Allah membina masjid , so tu sebab ia akan cuba menggangu pasangan yang bertunang .. jika kita tak sabar dan jika kita tak kuat , nanti baru sahaja dipacak tiang masjid, ia sudah seakan mahu roboh. So mari kita sama2 berusaha untuk memacak tiang masjid, agar tiangnya itu utuh tidak rapuh. 

Pada aku , saat kamu dan kamu sudah bersedia untuk bernikah dan dari segi urusan persediaan , kewangan , dan lain2 aspek telah mantap lebih baik SEGERAKAN PERNIKAHAN . Tak usah bertunang lama2 . Tanyalah kepada sesiapa pun yang pernah merasai dugaan bertunang itu , pastinya mereka juga akan menasihati supaya segerakan pernikahan .  Tetapi kami cuba fikir lebih positif bahawa kami bersyukur dalam tempoh pertunangan ini , kami diberi peluang untuk persiapkan diri , kuatkan agama , belajar ilmu keluarga , belajar kuatkan hati dan iman supaya esok2 apabila kami berkeluarga kami lebih bersiap sedia . Semoga Allah memberi kekuatan , kesabaran , semangat dan keyakinan yang tinggi untuk menghadapi dugaan dan ujian akan datang .

Sayangi apa yang kita ada , hargailah dengan sebaiknya . Yakin pada Allah , Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNYA .. Kuatkan hati masing2 supaya tidak menjadi orang yang mudah berubah hati , cepat melenting dengan ujian akan datang , belajar untuk menghargai apa yang tersedia baik untuk kita . Pernikahan itu besar maknanya , perlu hayati makna sebenar pernikahan . Bukan setakat faham , tetapi perlu praktikkan kelak apabila kita membina keluarga . 


Sedikit ilmu yang aku jumpa , bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah. 

Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.

Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.

Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.

Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.

#Semoga jodoh kami kuat , semoga Allah memberi perlindungan dan kekuatan pada kami . JAuhi kami dari fitnah , khianat , dengki manusia yang lain . Kuatkan hati kami . Pegang kuat2 hati kami supaya tidak mudah goyah . Sesungguhnya Engkau lah Maha Pemilik Hati2 kami . Kami ini hambaMu , kami merancang .. Engkau juga merancang .. tetapi perancangan Engkau lebih baik .. Kami berusaha untuk menjadi yang lebih baik .. Insyaallah dengan izinMu .. Amin ..

Sunday, September 1, 2013

" 1 years 11 months"

Assalamualaikum w.b.t

 Setelah sekian lama aku meninggalkan laman blog yang aku sayang nie..akhirnya,hari nie aku bukak semula.sebenarnya aku ada banyak sangat cerita yang nak ditulis..tapi mungkin tak sempat aku nak tulis semuanya sekarang nie..

 PELENGKAP JALAN CERITA HIDUPKU...ini lah tajuk sebenar yang aku nak tulis pada entri kali nie..sejak dua menjak nie..ramai yang masuk dalam jalan cerita hidup aku untuk melengkapkan lagi jalaan cerita yang aku bina selamaini..kira-kira hampir 20 tahun jugaklah... mereka adalah insan-insan yang aku sayang dalam dunia nie..orang-orang yang aku selalu sebut dalam setiap doa harian aku...selain daripada doa aku buat kedua ibu bapa,serta keluarga tercinta..

Akhirnya setelah tiba di penghujung bulan 9 tahun 2011..tanggal 26 September 2011,aku telah di anugerahkan oleh ALLAH untuk mengenali seseorang insan yang sangat baik untuk diri aku..dia selalu menjaga dan mengambil  berat tentang diri aku..kadang-kadang aku sendiri yang lupa untuk menjaga diri..huhuhu..mujur ada dia yang sentiasa menegur aku..ALHAMDULILLAH YA ALLAH...TERIMA KASIH atas kurniaan MU yang paling berharga ini..

 Awak..terima kasih kerana sudi menjadi sebahagia daripada cerita hidup saya.kehadiran awak dalam hidup saya adalah sangat bermakna.disamping keluarga dan sahabat handai, awak adalah insan yang mampu membuat saya sentiasa gembira.TERIMA KASIH awak.Saya  tak akan pernah menyesal mengenali awak. ~Amin Alfaqshah~


:: Dia adalah segalanya bagiku, love you my fiance ! :-)




Thursday, August 29, 2013

"BERUSAHA menjadi lebih baik ! :-)


~* Kadangkala apabila kita DIPERTEMUKAN dengan seseorang yang kelihatan baik dan soleh/solehah..dan dalam masa yang sama kita CUBA MENGENALINYA dengan lebih dalam, tapi hakikatnya kita merasa dia tidaklah sesoleh/solehah pada pandangan..dan kita mula MENDUGA dengan pandangan negatif terhadapnya..

Ingatlah,
Insan yang kamu kenali itu cuma insan biasa,
Ada KEKURANGAN di sebalik kelebihannya..
Ada KELEMAHAN di sebalik keistimewaannya..
Hakikatnya dia cuba BERUSAHA menjadi lebih baik..
Tiada siapa yang tahu hatinya,
Saban hari, dia BERDOA agar mampu menjadi hamba yang TERBAIK buat Penciptanya.. <3

Thursday, August 22, 2013

" Aku Menyayanginya ! "

Awak, saya mintak maaf kalau ada salah dan silap yang saya buat dekat awak. Saya tak de niat pun nak sakitkan aty awak sayangggg, kalau bolehh kanggg, saya nak selalu jaga aty awak. Kalau saya tahu dengan cara saya terus terang tuh akan buat awak marah, sakit aty n serabut dengan saya, saya tak kan bagitahu semua tuh dekat awak. Saya lebih rela pendam rasa saya dari buat awak marah. Saya mintak maaf.

Awakkkk, saya just perlukan perhatian dari awak tuh jewp. Tuh akan membuatkan saya terasa dihargai n sayang. Awakkkkk, susah sangat k awak nak reply mcg or wassup saya? Saya tiap saat, tiap jam tggu mcg dari awak. Awak tahu tak tiap kaly fon saya berbunyi, I wish I can get text from you. Tapi tak de, sedihnya saya awak tak tahu. Sedangkan tyme tuh awak online, awak online sayangggg. Saya ingtkan tyme awak online tuh awak sedang menaip tuk rply mcg saya, saya tggu, saya tggu..xde pom sayanggggggg :'(
Da byk air mata saya kluar tuk ciapkan entry nieyh.

Mintak maaf saya da sakitkan aty awak. Kadang2 lau ad pew2 saya suka mengadu kat awak. Tapi awak tak endahkan jewp. Tapi tak pew saya faham. Awak leteh. Saya tak pernah bersangka buruk dekat awak, saya tak pernah pun anggap yang awak ada cntact perempuan laen. xde sayangggg..sebabbb? Sebab saya percayakan awak sepenuh aty saya. Awak tolong laaa faham saya just nak kan awak sorang jewp. Awak laa tempat saya mengadu, Awak laa tmpat saya bergurau snda, semuanya awak sayanggggg. Saya sayang awak!

Saya tak kisah awak nak marah saya pun, saya memang tak kisah. Sebab?? Kalau dengan marah tuh buat awak berasa tenang, gembira or pew2. Saya relakan diri saya kena marah. Awak segalanya bagi saya. Selama 1tahun 10bulan nieyh byk perkara pahit dan manis y terjadi pada hubungan kita kn syg? Yang paling membahagiakan kita da berjaya mengikat tali pertunangan pd 9/8/13 walau bermacam dugaan yang telah kita tempuh kn?Alhamdulillah sayangggg, saya bersyukur sangat2. Sayangggg, walau seteruk mane pun kita bergaduh, cinta n setia saya tak berpaling at orang lain. Semuanya untuk awak. InsayaALLAH awak, selagi saya hidup n selagi saya masih bernafas, saya akan cuba pertahankan hubungan kita sehingga ke akhir hyat. Yang terpenting sekali sehingga ke jinjang pelamin.

Saya berjanji setelah saya sah bergelar isteri awak. Saya akan jaga awak, makan minum awak, kesihatan awak selagi yang saya mampu. InsyaALLAH saya akan jadi ibu yang baek untuk anak2 awak nanti. Saya akan jadi apa saja yang awak nak. Hanya untuk awak my future husband ! ;') Selagi hayat dikandung badan, cinta saya dekat awak tak pernah pudar, tak kan pernah berubah cinta saya dekat awak. Hanya awak yang bertakhta di hati saya.


:: Cinta by untuk abang akan setia hingga hujung nyawa by. InsyaALLAH akan ke jinjang pelamin. I love you sayangggg ! :'(


Wednesday, August 21, 2013

Andai Hatimu Penjara, Biar Aku Dipenjara Seumur Hidupku Di Dalam Hatimu

Da lame tak update blog jadi kekok nk menaip..haha..Walaupun lame ak xcare blog nieyh tapi kat Mr. AA aku still care okeiii. Gila  kau  aku  x  care  kat  my  bf  aku  sorang  tuhhh, but  what  can  I  say  he  can't always  24hours  with  me  because  of  bukan  sebab  bosan  tapi  Mr.A.A  kan  keje.. Yesssss  dear, I alwaysss  "understang"  with  u  bile  u  can  "understangggg"  with  me. Hahaha


U  seeee, LOVE  ni  kaler  dye  merah  g2  kan..? Merah  itu  CINTA  ehhh?? Ke  kaler MEROH  itu  Memang  MAROHH?? Mr.AA........ Awak  tgk  la  tuhhhh, HATI  yang  kaler  MERAH  itu  ibarat  hati  SAYA  dan  hati  AWAK  tawwww!! Saya  harap  hati  kite  akan  tetap  dengan  kaler  merah  yang  mengilau2  tuhh  sebab  nye, ia  melambangkan  CINTA  kita  yang  makin  membuak2. Wahhhh, ayat  aku  malam  ni  bunga2  sket. Puuuiii!! Haaaa, jangan  buat  muke  cebik  2  yea. Kang  ni  makan  dye!!!

Mr.AA walaupon  awak  busy, kadang2  bile  awak  tengah  text  kite  tetibe  je  awak  hilang kan?? Kite  ingatkan  awak  kene  kidnap  di  UFO, Tapi  sebenarnye  awak  dah  pun  t'tdow. Mesti  awak  penatkan.. Xpea, saya  faham  awak  selalu. Saya  x  amek  ati  pon  dengan  awak. I  always  LOVE  u  MISS  u DAMN  much!!! Hehehe, tapi  awak  selalu  x  caye  kan  bile  saya  cakap  saya  x  amek  hati  dengan  awak.. Plekkk  la  awak  ni.. Hik3



Mr.AA  hope  awak  x  akan  jadi  macam  slogan  kat  atas  2... Kisah  silam  mu  tidak  membuat  aku  berasa  tergugat  kerana  aku   tahu  jika  ia  hanyalah  masa  lampau  mu. Begitu  jugak  aku,  jangan  di  jdikan  kisah  silam  itu  sebagai  penyebab  mengapa  kita  tidak  boleh  bahagia.  And  always  remember  tuhan  melakukan  sesuatu  kejadian  pasti  ade  hikmahnye. Percaya  and  yakin  pada  diri  sendiri  adalah  kunci  segala2  nye.... Semoga  kita  bersama  tabah  menghadapi  dugaan  yang  bakal  kite  jalani  bersama. Aku  x  akan  menyerah  kalah. 

EiyLa AmIn ForeVer n EvEr ! InsyaALLAH ~