Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 6, 2013

"Just For You Dear"


BUAT AWAK ..

Bukan kerana rupa, harta, pangkat atau nafsu saya memilih awak. Mungkin awak adalah doa yang selama ini saya pohon yang ALLAH makbulkan. Alhamdulillah. InsyaALLAH segala pesan awak saya ingat. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang ALLAH. Saya mohon, tolong jangan ragu dengan saya. Kerana ALLAH saya inginkan awak. Jujur tiap kali dengar awak mengaji buat saya tersentuh :') Saya percaya ALLAH Maha Penyayang. Dia sayang saya dan pertemukan saya dengan awak. Awak yang selalu ingatkan saya tentang solat, tentang agama. Saya percaya pada cinta selepas nikah. Apapun jadi kalau jodoh milik kita, kita tetap akan bersatu kan? Simpan rindu, simpan sayang, simpan cinta. Semua kerana ALLAH. Kita cuma perlu berdoa dan terus berdoa semoga jodoh milik kita. Aminnnnnnn. 


AWAK..

Kerana ALLAH saya ingin memiliki awak, maka tiada lain yang saya ingin miliki melainkan awak. Hanya awak! Tolong jangan ragu dengan saya. Tapi tetap percaya dengan apa yang ALLAH rancangkan untuk kita. Ada jodoh atau tidak, ALLAH Maha Mengetahui kebaikan buat kita dan kita tidak berhak mempersoalkan rencana-Nya.


Ada kebaikannya andai kita jarang berhubungan sesama sendiri. Mungkin dapat menghindarkan hasutan syaitan supaya kita terus leka dengan percintaan. Nauzubillah sungguh saya tidak mahu mencintai awak melebihi dari saya mencintai ALLAH. Izinkan saya mencintai ALLAH lebih dari saya mencintai awak. Yang kedua saya perlu mencintai keluarga saya terutama abah dan mama saya. Selepas itu baru laa awak =) Saya harap awak faham.

Jangan marah kalau saya kurang layan awak. Jangan marah kalau saya kurang berhubung dengan awak. Ketahui laa saya sendiri sedang berjuang untuk tidak terhasut dengan hasutan syaitan yang selalu suka mengapi-apikan kita. Yang selalu ganggu dan meracau fikiran kita untuk mendirikan masjid. Maafkan saya ye awak. 

Demi ALLAH, hanya awak. Kerana ALLAH, hanya awak. Tiada lain, bersabar laaa. Terima kasih tuk segalanya :-)

" Rasa Kecewa "


Setiap antara kita pernah rasa kecewa dengan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita. Mungkin kita pernah kecewa dengan masalah keluarga, putus cinta, atau gagal mencapai sesuatu yang kita impikan dan usahakan selama ini. Rasa kecewa adalah sesuatu yang normal dan adakalanya sukar dielakkan namun jangan sesekali membiarkan rasa kecewa ini menguasai diri kita.

Rasa kecewa yang ada dalam diri kita, kalau tak dapat dikawal, boleh menyebabkan kita mengalami masalah kemurungan atau tekanan perasaan. Sekiranya ianya dibiarkan begitu saja, ada kemungkinan kita bertindak diluar jangkaan seperti cubaan membunuh diri.

Ada pelbagai cara untuk kita mengurangkan kecewa yang ada dalam diri kita. First, TERIMA KENYATAAN. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Kita perlu redha dengan segala ketentuaanNYA. Adakalanya sesuatu yang terjadi dalam hidup kita adalah untuk menyedarkan dan menginsafkan kita.

Secondly, BERFIKIR SECARA POSITIF. Jangan terlalu mengikut perasaan dan emosi. Kita perlu pandai mengawal perasaan kita sendiri. Cuba pandang masalah kita dari pelbagai aspek. Berusaha untuk bangkit semula dan ubah nasib kita.

Thirdly, LUAHAN PERASAAN. Cuba luahkan masalah kita kepada seseorang yang dipercayai seperti keluarga atau sahabat baik. Cuba dapatkan pandangan dan nasihat dari mereka. Pastinya dapat mengurangkan sedikit kekecewaaan kita. Then, PERMULAAN BARU. Cuba beri tumpuan pada hidup kita dan cuba untuk tidak mengulanginya. Fokuskan kepada sesuatu yang mampu membangkitkan semangat kita. Jangan biarkan perkara yang remeh menghancurkan hidup dan masa depan kita.

Lastly, memang bukan mudah untuk memadamkan rasa kecewa yang kita alami. Namun kita tak sepatutnya membiarkan sesuatu dugaan menjadi penghalang untuk kita terus maju melangkah ke depan. Gagal hari ini tak bermakna kita gagal untuk selamanya. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang cuba mengubahnya. Kalau di ikutkan jugakk perasaan dan emosi tuh, sampai esk n smpai ble2 pom tak habis. So tuk menghilangkan rasa kecewa tuh, just stay cool n think positif. ALLAH ALWAYS BE WITH US :-)

#PeringatanUntukDiriSendiri :D 

Thursday, September 5, 2013

"Aku Akan Terus Bersabar!"


Alhamdulillah .. hari ini rasa lebih baik .. mungkin aku bukan seorang yang kuat , tapi aku tahu aku adalah seorang yang sabar .. so Insyaallah segala ujian dan dugaan semua akan dihadapi dengan baik .. tu lah orang cakap " darah manis ni jaga diri elok2 , banyak ujian " .. ada kebenaran , sebab aku sendiri dah rasa .. sebelum ni dengar orang bercerita je , tapi bila dah rasa sendiri baru lah faham .. Ujian itu datang dengan pelbagai cara .. kita mungkin diuji dengan cara begini , tetapi orang lain lebih berat ujiannya dari kita .. kadang2 masalah yang datang itu macam2 percik2 api jek , tapi boleh menjadi api besar . 

Sebenarnya , dalam tempoh bertunang atau tidak .. ujian dan dugaan itu tetap akan datang samada kita dalam tempoh bertunang atau pun tidak . Tetapi sewaktu bertunang itu geloranya sedikit lebih dari biasa . Bagaimana kita menjaga emosi kita , kewangan , perhubungan dengan pasangan , keluarga / keluarga pasangan . Masa bertunang ni , serba sedikit kita akan dapat lihat perangai dan peribadi pasangan kita .
Syaitan memang tak suka hamba Allah membina masjid , so tu sebab ia akan cuba menggangu pasangan yang bertunang .. jika kita tak sabar dan jika kita tak kuat , nanti baru sahaja dipacak tiang masjid, ia sudah seakan mahu roboh. So mari kita sama2 berusaha untuk memacak tiang masjid, agar tiangnya itu utuh tidak rapuh. 

Pada aku , saat kamu dan kamu sudah bersedia untuk bernikah dan dari segi urusan persediaan , kewangan , dan lain2 aspek telah mantap lebih baik SEGERAKAN PERNIKAHAN . Tak usah bertunang lama2 . Tanyalah kepada sesiapa pun yang pernah merasai dugaan bertunang itu , pastinya mereka juga akan menasihati supaya segerakan pernikahan .  Tetapi kami cuba fikir lebih positif bahawa kami bersyukur dalam tempoh pertunangan ini , kami diberi peluang untuk persiapkan diri , kuatkan agama , belajar ilmu keluarga , belajar kuatkan hati dan iman supaya esok2 apabila kami berkeluarga kami lebih bersiap sedia . Semoga Allah memberi kekuatan , kesabaran , semangat dan keyakinan yang tinggi untuk menghadapi dugaan dan ujian akan datang .

Sayangi apa yang kita ada , hargailah dengan sebaiknya . Yakin pada Allah , Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNYA .. Kuatkan hati masing2 supaya tidak menjadi orang yang mudah berubah hati , cepat melenting dengan ujian akan datang , belajar untuk menghargai apa yang tersedia baik untuk kita . Pernikahan itu besar maknanya , perlu hayati makna sebenar pernikahan . Bukan setakat faham , tetapi perlu praktikkan kelak apabila kita membina keluarga . 


Sedikit ilmu yang aku jumpa , bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah. 

Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.

Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.

Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.

Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.

#Semoga jodoh kami kuat , semoga Allah memberi perlindungan dan kekuatan pada kami . JAuhi kami dari fitnah , khianat , dengki manusia yang lain . Kuatkan hati kami . Pegang kuat2 hati kami supaya tidak mudah goyah . Sesungguhnya Engkau lah Maha Pemilik Hati2 kami . Kami ini hambaMu , kami merancang .. Engkau juga merancang .. tetapi perancangan Engkau lebih baik .. Kami berusaha untuk menjadi yang lebih baik .. Insyaallah dengan izinMu .. Amin ..

Sunday, September 1, 2013

" 1 years 11 months"

Assalamualaikum w.b.t

 Setelah sekian lama aku meninggalkan laman blog yang aku sayang nie..akhirnya,hari nie aku bukak semula.sebenarnya aku ada banyak sangat cerita yang nak ditulis..tapi mungkin tak sempat aku nak tulis semuanya sekarang nie..

 PELENGKAP JALAN CERITA HIDUPKU...ini lah tajuk sebenar yang aku nak tulis pada entri kali nie..sejak dua menjak nie..ramai yang masuk dalam jalan cerita hidup aku untuk melengkapkan lagi jalaan cerita yang aku bina selamaini..kira-kira hampir 20 tahun jugaklah... mereka adalah insan-insan yang aku sayang dalam dunia nie..orang-orang yang aku selalu sebut dalam setiap doa harian aku...selain daripada doa aku buat kedua ibu bapa,serta keluarga tercinta..

Akhirnya setelah tiba di penghujung bulan 9 tahun 2011..tanggal 26 September 2011,aku telah di anugerahkan oleh ALLAH untuk mengenali seseorang insan yang sangat baik untuk diri aku..dia selalu menjaga dan mengambil  berat tentang diri aku..kadang-kadang aku sendiri yang lupa untuk menjaga diri..huhuhu..mujur ada dia yang sentiasa menegur aku..ALHAMDULILLAH YA ALLAH...TERIMA KASIH atas kurniaan MU yang paling berharga ini..

 Awak..terima kasih kerana sudi menjadi sebahagia daripada cerita hidup saya.kehadiran awak dalam hidup saya adalah sangat bermakna.disamping keluarga dan sahabat handai, awak adalah insan yang mampu membuat saya sentiasa gembira.TERIMA KASIH awak.Saya  tak akan pernah menyesal mengenali awak. ~Amin Alfaqshah~


:: Dia adalah segalanya bagiku, love you my fiance ! :-)