Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, July 3, 2013

Saya Akan Jaga Awak !


Selagi mana saya hidup di bumi Allah nieyh, Saya janji, saya akan jaga awak seteliti yang mungkin. Saya tak kan biarkan sesiapa pun menyakiti awak. Saya akan berusaha menjadi yang terbaik dan menjadi pelindung awak. Saya akan lindungi awak semampu saya. Selagi saya hidup, selagi saya mampu, saya ingin menjaga awak selamanya.

Tapi saya tak boleh berjanji untuk menjaga hati awak kerana hati ini adalah sejenis benda yang sangat sensitif, Sedikit kekhilafan saya mungkin akan menyebabkan awak sakit hati. Namun begitu, saya ingin awak tahu yang saya nieyh cuma manusia biasa. Tidak akan pernah sempurna. Sentiasa dipenuhi dosa dan tak selalu menyenangkan awak.

Kadang-kadang awak pernah berkelakuan menyakitkan hati, tetapi saya tetap bersangka baik dengan awak. Mungkin awak ada masalah lain. Saya tak kisah, sebab saya sayangkan awak. Saya harap semua pemberian saya awak jaga elok2. Hadiah2 yang saya bagi tuh just untuk awak selalu mengingati saya. Mana laa tahu dalam masa terdekat nieyh, saya ditarik nyawa. Semoga memori kita bersama masih awak ingat.

Saya nak awak tahu, kalau awak sedih, saya pun turut terasa sedih. Tapi saya akan berusaha mengembirakan hati awak walaupun kadang2 awak tak pernah nak layan usaha saya untuk menghiburkan awak. Tak mengapa saya faham. Awak letih bekerja seharian. Saya bukan laa yang pakar memujuk. Saya adalah insan hina dan tidak sempurna. Tapi saya tak suka awak sedeh. Saya rasa tak best.

Kalau ada orang yang melukai hati awak, saya akan rasa nak marah balik dan nak bagi penampar. Maafkan saya. Saya tak boleh nak jaga hati awak. Saya sering kali buat awak marahkan saya. Walaupun kadang2 tuh saya tak tahu mengapa awak marahkan saya. Saya redha jewp. Dan maafkan saya jika saya ada menaikkan api kemarahan awak ketika memujuk. Saya memang tak pandai memujuk tapi saya hanya pandai buat lawak bodoh tuk pujuk hati awak. Maafkan saya.

Saya juga nak ucapkan terima kasih pada awak. Sebab awak, hari2 berlalu begitu ceria,. Terasa nyaman dan penuh makna. Terima kasih banyak2. Terima kasih sebab menjadi kekasih yang baik, walaupun saya bukan laa yang terbaik. Kerana awak, saya rasa dihargai. Walaupun mungkin semua itu perasaan saya. Tak terucap tanda terima kasih saya pada awak, sebab awak banyak sangat buat saya gembira. Berbanding saya yang selalu menaikkan kemarahan awak. Semoga awak diberkati Allah. Saya sayangkan awak. InsyaALLAH awak juga disayangi ALLAH. Saya doakan semoga awak berjaya dunia dan akhirat. Saya janji, saya akan jaga awak.

Saya janji saya akan melindungi awak. Saya minta maaf kerana tak boleh menjadi kekasih yang baik. Saya berterima kasih sebab awak da ceriakan hari2 saya. Last but not less, walaupun pelbagai dugaan yang bakal kita tempuhi sepanjang kita bersama, cinta saya hanya untuk awak. love u sayanggg !


Awak Pilihan Hati Saya :-)


SAYA ada sebilah GUNTING, GUNTING tu SAYA guna untuk potong-potong, Pernah juga terluka masa guna GUNTING tuh. Tapi tak kisah laaaa. Tak sakitpun, GUNTING tu dah lama SAYA guna. Sekarang gunting tu dah berkarat. SAYA tak buang pun. Kenapa?????? Sayang ! Hehe. 

Macam AWAK jugakk, SAYA ada AWAK, AWAK, SAYA jadikan teman, Selalu nak bersama AWAK, Kadang-kadang terluka juga Kerana AWAK. Tapi, tak pew, SAYA kuat lagi :-) Sekarang ni, AWAK masih teman SAYA. Cuma satu jewp, satu jewp tak sama. AWAK tak berkarat. So, Tak de sebab nak buang AWAK, Jadi SAYA masih simpan AWAK sama dengan GUNTING tadi, tapi GUNTING tu dalam laci, AWAK?????? AWAK DALAM HATI SAYA ! :-) love you sayang ! 


Sabar dan Sabar ! InsyaALLAH :-)


:: DUGAAN BERTUNANG DAN CARA MENGATASINYA 

Bila cakap part dugaan bertunang, masing-masing ada bahagiannya. Dugaan bertunang, dugaan berkahwin lagilah. So sebelum nak melangkah ke alam rumahtangga, dugaan tu memang akan kita lalui sedikit sebanyak dugaan dan cabaran sebagai persediaan serta untuk mengenali pasangan kita sama ada dia jenis pijak semut tak mampus atau pijak semut habis lenyek.. apakah??-_-. Bertunang lama atau sekejap itu semuanya kerja Allah s.w.t, kadang-kadang bukan semua kehendak kita Allah makbulkan, semuanya ada hikmah so tak perlulah persoalkan.orite?!. Kecil atau besar dugaannya, itu juga dari Allah untuk menguji kesabaran hambaNYA yang penting cara kita mengawal dan menghadapinya.

Kebanyakan dugaan bertunang wujud dari kita sendiri, dari perangai dan sifat kita. Sebelum kita menunding jari kepada orang lain, wajiblah kita cermin diri kita dulu. wahh sedap ayat!haha...yang penting muhasabah diri, kadang-kadang kita tak sedar bagaimana perangai kita dan kesannya kepada orang lain. Dan paling tak sangka dugaan tu datang dari kita perasaan kita sendiri (kata lagi wanita ne penuh dengan emosi), perasaan masa tu lah nak keliru bagai, masa tu lah jugak nak fikir berkali-kali, masa tu juga macam-macam datang mengadap, masa tulah nak ragu-ragu...kadang-kadang perkara yang tak disangka pun boleh jadi. So banyak-banyak lah muhasabah diri, dan yang penting kita cuba baiki apa yang elok kepada lebih elok.

Dugaan dari pasangan masa bertunang termasuk dalam dugaan jugaklah ye. Betullah orang kata dalam tempoh bertunang ne, kita akan lebih tahu tentang pasangan dan kenal kita. Macam mana perangai dan sifatnya. Kadang-kadang ada yang kat depan kita pijak semut tak mampus, tapi belakang kita pijak semut sampai lenyek habis-habis!ehehe...tapi ada jugak yang pandai sorok sampai kahwin, lepas kahwin baru tunjuk belang (nau'zubillah) orang macam ne. Dalam membina hubungan sikap tolenrasi, terbuka memberi dan menerima pendapat dan sabar amat penting. Sekiranya wujud masalah, segalanya boleh dibincang dengan sebaiknya. Bukan merajuk tak tentu pasal, pujuk, masalah tak setel jugak, lastnya pendam!jangan amalkan ye, kelak memakan diri...ececehh(nasihat ko, konon betul!...haha) tapi serius okei. Jangan asyik nak gaduh aje, benda kecil tak pasal-pasal jadi hal besar.

Masalah kewangan tentunya salah satu dari dugaan. Dalam merealisasikan majlis perkahwinan yang diidam-idamkan, kemungkinan bajet kewangan berubah dari semasa ke semasa akibat memenuhi kehendak. Tak pun dah buat saving tapi tak cukup-cukup, entah kemana bocornya. Dugaan kewangan ne semua pasangan mungkin akan laluinya memandangkan fasa alam rumahtangga memerlukan komitmen dan pengurusan kewangan yang diurus dengan betul, dan isu kewangan wujud sebelum kahwin lagi untuk kita lebih bersedia. Kadang-kadang isu kewanganlah yang menjejaskan hubungan kita dan pasangan akibat matlamat kewangan yang tidak sama dan perancangan kewangan yang tidak sehaluan yang boleh menimbulkan masalah. 

Persediaan kerja kahwin juga mungkin cabaran buat pasangan. Ada juga pasangan yang menyerahkan 100% hal kahwin kepada pasangan (perempuan biasanya)..tak eloklah macam tu, even sibuk dengan kerja, namun hal kerja kahwin ne kena sama-sama ambil bahagian. Nampaklah kesungguhan tu kan?. Walau ada yang buat persediaan awal untuk hal kerja kahwin ne, kadang-kadang wujud jugak masalah dari vendor, ada yang buat tak mengikut permintaan, baju tak muat, pakej menipu, semacam masalah wujud...hmmm, semua tu dugaan. Doa-doa yang sendiri nanti semua nya smooth, insyaallah.

Dugaan dari pihak ketiga, yang ne biasalah darah tengah manis, mulalah nak test saham ada ke tidak!. Ada yang macam tu, dan ada jugak bekas-bekas yang datang mengadap balik, dulu tak laku tiba-tiba jadi rebutan pulak. hmmm, entahlah harap dijauhkanlah yang macam ne. Dan akhir sekali godaan nafsu sendiri, bertunang bukanlah tiket untuk bebas melakukan apa jua perkara bak lirik "boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang bertambah sayang!". Lagipun istilah bertunang tu hanya dari segi ikatan perjanjian sebelum ke alam perkahwinan, bukannya ada ikatan sah xde beza sangat dengan kapel. Ingatan untuk diri sendiri dan en.amin alfaqshah juga^_^. Kenalah saling ingat-mengingatkan, tengah mabuk cinta kadang-kadang boleh lupa batasan.

So dalam menghadapi apa jua dugaan sebelum melangkah ke alam rumahtangga, persediaan mental dan fizikal amatlah penting. Sentiasa mengamalkan sikap tolerasi dan saling mendengar dan berkongsi masalah serta jalan penyelesaiannya dengan pasangan, kuncinya kena sabar dalam berbincang. Sentiasa berbincang dan merancang kewangan dengan teratur supaya tidak kelam kabut nanti dan akhir sekali sentiasalah berdoa kepada Allah yang Maha mendengar, berdoa supaya segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. Berdoa semoga sentiasa terpelihara dari godaan syaitan dan nafsu serta memohon perlindungan Allah. Sentiasalah berfikir positif, setiap dugaan tu ada hikmahnya. Satu langkah lagi kita ke alam rumahtangga, maka bersabarlah dengan dugaan yang kita hadapi, semoga kita dan pasangan berjodoh hingga ke akhir hayat. amin

Note: Abang, by nak nanti lau ada pape dugaan yang akan kita tempuh, kita sama2 bertolak ansur antra satu sama lain, sabar dan yang paling penting SETIA k syg.. i know u can do it ! Jangan pandang pompuan laen taw..i trust u ! :-)

Darah Manis !


Before aku bertunang pun, dah ramai kawan-kawan aku yang dah bertunang, nasihatkan aku macam-macam. Majikan aku pun, ade cerita pasal kisah tunang dia kat aku. 

' Banyak-banyakkan bersabar masa tunang nanti Eiyla.'

' Eiyla aku nasihatkan mg x payahlah bertunang, kawen terus je. Aku since bertunang, asyik bergaduh je dengan tunang aku.'

' Proses membaling cincin tunang adalah perkara biasa untuk pasangan bertunang. Kalau boleh, jangan ikutkan sangat amarah tu semua, syaitan semua tu.'

So, daripada pengalaman mereka, aku dah simpan dalam kepala, everything happen after engaged nanti please lah make a right decisions. Please lah, be mature whatever u did. Please lah, Eiyla jangan jadi budak-budak..If ade ape-ape problem, please lah face to face, discuss sama-sama, settlekan sama-sama. Mental kena kuat. Iman kena kental.. 

Aku agak confused sebenarnya dengan perkataan 'Darah Manis'. What means? Untuk mendapatkan kepastian aku pun menggooglekan diri. Setelah menelaah beberapa minit, barulah aku tahu ape tu yang dikatakan darah manis.

Sebenarnye "darah manis" ini dirujuk kepada pasangan-pasangan yg tengah bertunang. Ianya ialah merujuk kepada kebarangkalian kepada benda-benda yg tidak baik berlaku kepada pasangan tersebut. Maksud lain nye ialah dugaan dan cabaran sepanjang proses pertunangan.

Reference yg menguatkan lagi fakta:
Kamus Dewan terbitan DBP (1970) memasukkan ungkapan ini di bawah kosa kata 'darah' dengan makna: mudah mendapat bahaya atau kecederaan (berkenaan dengan orang yang bertunang).

Contoh:

Orang tua-tua selalu pesan bakal pengantin ini digalakkan untuk tidak selalu berjumpa (berdating) kerana dikuatiri diganggu orang ketiga iaitu syaitan durjana. Yang ini aku setuju la cz ada sebab musabab yg kukuh..

Orang juga selalu pesan agar selalu menjaga diri dan tidak keluar dari rumah sepanjang tempoh pertunangan kerana takut ditimpa kemalangan atau kecelakaan. Tapi bagi aku kalu tak bertunang tu pon bahaya ada juga di mana-mana. Bak kata pepatah "kemalangan tak berbau".. So dia tak bau la sama ada orang tu tengah bertunang atau pon tidak. Apa2 pon sume orang kene sentiasa berhati-hati tak kira ape pon status anda.

Orang kata lagi... Muka tunangan orang ini berseri-seri. Semakin cantik dan hot daripada biasa.. :b Maybe bahagia melayari hidup bersama bakal husband. Tapi keserian tersebut senang utk menjadi perhatian orang. So if dulu sebelum tunang tak da orang yg pandang, tapi masa tunang ramai pulak orang datang berkenalan. Itu maksudnye dugaan. Permainan syaitan je sume tu... Nak tahu kita dipermainkan syaitan ialah bila kita terasa was-was dengan tindakan sendiri. Tak tahu betul/tidak dengan tindakan yg kte buat. So kene sentiasa mintak petunjuk kat tuhan bersihkan hati dari semua godaan tu.

Oooo, ini rupanya darah manis. Mungkin mentaliti masyarakat melayu ni yang berfikiran benda-benda cam ni. Lepas bertunang je, mesti selalu bergaduh, mesti banyak dugaan. Before bertunang pun ade jugak bergaduh and semua orang pun mesti ade dugaan masing-masing yg tuhan nak uji. Everything happen, sama-samalah berdoa semoga Allah merahmati tujuan dan niat kita.. Jika Allah izinkan, InsyaALLAH, semuanya berjalan lancar...

Wassalam :)

p/s : to my future fiance.. for me u are everythings..takde maknenye kalo kasih syg sy berkurangan... kasih sayang semakin bertambah setiap hari. Cuma semakin hampir tarikh kita ditunangkan, semakin sy bz berkerja. Kalo kita bercinta hari2 duit tak jatuh dari langit. hehe. love u s0 much ! :-)

Tuesday, July 2, 2013

Happy Anniversary Sayang ! :-)


Awak!!! awak dengar tak saya panggil awak nieyh, saya harap awak dengar pew yang saya nak cakap nieyh. First of all, saya nak bagitahu awak yang saya 'SAYANG KAT AWAK SANGAT-SANGAT'. Awak ingat ye!!!


Secondly saya nak awak ingat, 'TAK KIRE KITE BERJAUHAN DALAM KEADAAN CAMNE SEKALI PON, SAYA NAK AWAK SETIA DAN JUJUR DENGAN SAYA'.


Third, awak jugak kene tahu, 'YANG DIRI SAYA SENTIASA MENGHARGAI AWAK TAK KIRE MASA DAN KETIKA'. Janji taw!!


Forth, awak jangan tinggalkan saya yea :( kerana, awak satu-satunye lelaki yang saya paling sayang selepas ayah saya. Saya tak kesah awak baik atau jahat, cantik atau hodoh, miskin atau kaya, yang saya tahu 'CINTA' saya hanya untuk awak. Sebab saya tahu, kesempurnaan bukan segala-segalanya,  (jiwangkan saya??tapi saya taw jiwang saya nie yang paling awak suke kan;





Monday, July 1, 2013

You ! :-)


:: You're mine forever ! :-)

Awak, jika saya yang bertakhta di hati awak, sayangi laa saya sejujur dan seikhlas hati awak. Jika saya yang awak rindu, simpan saya dalam hati awak selalu ek. Jika saya yang selalu menyakiti hati awak, maafkan laa saya kerana ituu bukan niat saya :-( Jika saya orang yang tidak memahami awak, ajar saya lagi untuk memahami awak. Saya nak awak tahu yang awak akan selalu dihati saya sebab saya bersyukur memiliki awak. Saya sentiasa sayang dan rindu dekat awak ! :')

::  Walaupun kadang-kadang kita ada salah faham, saya tetap dan sentiasa merindui awak !