Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, May 31, 2013

Awak, Saya Yang Punya ! :D

Nieyh laa kan yang dinamakan "CINTA" ? :) Setiap apa yang kita dapat tak semestinya sempurna, tetapi kekadang, CINTA ini membuat kita SEMPURNA. Awak, awak tahukan saya SAYANG awak, percayalah yang saya tak kan marah, saya tahu awak dah cukup SEMPURNA untuk LENGKAPKAN hidup saya. saya tak harapkan lebih dari awak. CUKUP apa yang saya rasa, awak pun rasa SAYANG. Awak tak payah cakap kenapa tiba2 awak senyap bila mesej saya sebab saya dah tahu awak mesti TERTIDO. awak buat saya LEGA bila awak bangun tido, awak mesej saya, awak cakap "sori, abang baru bangun" :) tak pew pun, saya faham.

Saya tak pernah nak rasa marah awak lame2, JAUH SANGAT lah nak BENCI awak, dah tentu saya SAYANG awak. awak INGAT kan bila first jumpa, START hari itu juga saya mula JATUH HATI kat awak, memang PELIKKAN? tapi saya nak buat macam mana, dah HATI saya cakap macam tuh :)

Saya nak awak tahu, dari awal hingga akhir HATI saya tetap kat awak, tetap CINTA kan awak,  tetap TUNGGU awak..anehkan kan kan. dan lepas saya TERIMA awak, handphone saya hanya akan terus berbunyi dan cuma dari awak "MR.AMIN ALFQSHAH". Kalau awak senyap, handphone saya senyap laa. Tapi tak apa saya tak marah pun. Kalau saya marah, marah saya sekejap jewp. Awak kne faham saya mcm tuh taw. Awak selalu dihati saya SAYANG. Saya tak kan PENAT untuk terus INGAT, TUNGGU, SAYANG dan CINTA awak. I'm PROMISE! ^_^


Yesss, Saya Seorang Yang Pendendam ! =


Dendam? Topik kita hari ini adalah dendam. Cewahhh. Haha ! 


:: Dendam rasa macam nak tembak orang. boleh? Haha

Actually aku memang pendendam. yesss ! perangai itu sangat teruk. Tapi tuh laa yang aku rasakan sekarang nieyh. Nanti bila aku tgk makcik "TALAM DUA MUKA" tuh, mesti hati aku penuh dengan dendam. Dendam yang tak sudah-sudah. Tuh yang aku rasa. Memang sifat nieyh sangat tak baik tapi aku tak boleh nak elak. Dendam aku pada dia. Yesss ! pada dia. Mungkin atas apa yang dia da buat dekat aku membuatkan aku ada sifat dendam pada dia. Tak apa laa mkcik, kau kutuk aku pun sama jewp macam kau kutuk ciptaan TUHAN. Dulu memang aku nieyh outspoken tapi aku masih ada hormat dekat orang lain laaa. Prinsip aku dulu " AKU TAK KAN BERMUSUH DENGAN ORANG YANG TAK CARI PASAL DENGAN AKU". Dendam aku dulu membuatkan aku bersemuka dengan orang itu sendiri untuk bertanyakan hal yang d'perkatakan. DIRECT ! 

Tapi itu diri aku yang dulu. Dendam aku yang sekarang nieyh bukan lah aku nak buat perkara yang tak baik. Tapi dendam dalam diri aku jewp. Kalau aku buat sesuatu yang tak baik, tak dapat apa2 pun kan? Menambahkan lagi dosa yang memang sedia ada adalah. Now, aku bukan NUR DALILA DIYANA yang dulu, yang penuh dengan sifat dendam yang menguasai diri. Aku redha dengan semua yang terjadi dan berharap semoga ALLAH selalu bagi petunjuk tuk orang2 yang suka membuat cerita pasal aku.Untuk kali nieyh, dengan rela hati, biar aku terlebih dahulu mengalah dengan emosi. Aku dah biase, Aku dah cukup lali. I know who I am as well ;)


:: Hapuskan dendam, bersihkan hati, luruskan niat. InsyaALLAH selamat dunia dan akhirat. Aminnnnnnn :D


Thursday, May 30, 2013

Comel kan ??? :)


:: comel jewp muke merajuk macam tuh..hehe


:: Comel nyerr ase nak cubit2 jewp pipi tuh..hehe :D


Saya Yang Kuat Cemburu ! :D


Assalamualaikum and hye readers. Entry nieyh khas tuk awak. Sweetheart saya. Awakkkkkk, awakkkkk. Saya sayang awak sangat-sangat. Saya ikhlas sayangkan awak. Awak sayang saya tak? Mestilah sayang kan, kalau tak saya tak kan bahagia dengan awak :D

Awak tahu kan saya kuat cemburu? Saya tak suka awak rapat dengan perempuan lain eventhough  awak berulang kali ingatkan saya cuma saya dalam hati awak. Ye, saya tahu tuh. Saya tak tahu kenapa saya kuat cemburu bila dengan awak. Saya selalu marahkan awak tanpa sebab yang jelas kan? Saya mtak maaf. Saya tak dapat nak kawal perasaan saya. Saya sedih sangat :/ to be honest saya memang tak suka sangat-sangat nampak awak rapat dengan perempuan lain walaupun dia cousin awak. weird isn't it? ahh tak kisah laa, as long as dye perempuan, saya tetap tak suka :'( Awak mungkin tak kan faham apa yang saya rasa. Saya perempuan, hati saya mudah terluka. Kalau saya marah awak, mesti awak sedih. So itu adil laa kn? Saya sedih, awak pun sedih :') tapi saya tahu awak tak suka.  Sebab kalau saya marah, secara tak sengaja saya mesti akan sakitkan hati awak. Jadi saya merayu sangat, awak tolong laa jangan buat saya cemburu buta. Awak tahu kan benda2 yang remeh macam tuh just cam make us fight to each other. Saya tak mau macam tuh. Tolong laa faham :/ Saya sayang awak sangat2. You're my husband to be and I don't wanna lost you sayang. Saya cuma nak awak untuk saya sorang. Saya tak suka berkongsi awak dengan orang lain :'/ sama jugak macam awak, awak paling tak suka saya rapat dengan lelaki. Sebab awak pun ada perasaan cemburu kan? Apa yang awak rasa, itu laa yang saya rasa. Mungkin saya lebih lagi dari awak. Saya terlalu sayangkan awak jadi saya tak sanggup awak rapat dengan perempuan lain taw sayang. Saya tahu saya menyusahkan awak, tapi awak tetap bersabar dengan saya. Saya rasa macam dihargai sangat2. Bagus laa kalau awak dah faham sekarang. Saya marahkan awak bukan tanpa sebab, tapi ADA sebab saya yang tersendiri yang mungkin awak tak kan faham kenapa. abang by nak mtak maaf kalau by banyak sakitkan hati abang. by xde niat pun nak buat macam tuh dekat abang. By harap abang faham. Macam yang by cakapkan kalau by sakit abang pun akan rasa sakit :'/ Satu jewp yang by nak abang tahu, by bersyukur sangat2 sebab ALLAH pertemukan by dengan abang. Abang baek sangat dengan by. Abang tak pernah tak terima kekurangan dalam diri by. Terima kasih sebab abang dah jaga by dengan baik selama nieyh. By hargai sangat2 ! SAYA SAYANG AWAK SANGAT2 SAMPAI BILA-BILA.

                                                                                                                                                                                       
:: Lots of love, Nur Dalila Diyana :D

Tuhan Jagakan Dia Untukku ! ;D



Salam to all readers. Berbicara soal cinta, tiada siapa yang tak suka. Semua inginkan cinta yang sempurna. Tapi ketahui lah kita manusia hanya merancang, bahkan ALLAH dah tentukan sejak azali lagi. Bukan setakat jodoh, bahkan kematian kita juga ALLAH sudah catatkan bila masanya akan tiba. Bersabarlah, jika sekarang kamu belum bertemu lagi dengan jodoh yang sesuai untuk kamu. Mungkin ALLAH jua sedang merancang sesuatu yang lebih istimewa untuk dirimu.

Sekarang, Tuhan tolong jagakan si dia untuk kita. Mungkin saja saat ini dia sedang cuba sedaya upaya memperbaiki dirinya, agar dapat menyempurnakan dirimu apabila bertemu nanti. Moga nanti dia akan menjadi imam kepadamu dan juga ayah yang baik untuk anak-anakmu. Jangan risau tulang rusuk itu tak kan tertukar. "Jodoh bukan saya yang cari, tapi ALLAH yang bagi" bersyukurlah~ memang semua manusia tak sempurna, tapi bila kita dah saling bersatu, insyaALLAH kita akan saling menyempurnakan antara satu sama lain. 

Jika saat ini kamu dah berpunya, maka jagalah hatinya sebaik mungkin. Hargai selagi masih ada, lagi indah cinta itu jika berlandaskan cinta ILLAHI. Jika benar mencintai, sudah pasti cinta itu mahu dibawa hingga ke syurga kan? Berdoalah yang terbaik untuk kehidupan kita. InsyaALLAH, ALLAH itu kan MAHA MENDENGAR. Andai hatinya kau pohon, kau mohonlah pada ALLAH terlebih dahulu. Janji ALLAH itu pasti :)

" YA ALLAH JIKA DIA BAIK UNTUKKU, BAIK UNTUK AGAMAKU, JUGA BAIK UNTUK URUSANKU, DEKATKAN DAN SATUKAN LAH HATI-HATI KAMI, YA ALLAH AKU MOHON JAGAKAN DIA BUATKU"




Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal

Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Bagus la. Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan bertudung ni dengan mengatakan pakai je tudung tapi akhlak tak bagus. Mengumpat orang sana sini, mengalahkan wanita yang tidak bertudung. Tambah lagi, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah (ala macam entri yang ni: 8 jenis tudung pelik di Malayisa). Ada juga golongan wanita camni ye. Dah la tak tutup aurat terang-terangan, pastu berani kutuk orang yang sudah atau sedang mencuba untuk tutup aurat. Mari kita ikuti perbualan gadis liberal (wakil golongan yang suka kutuk orang bertudung) dengan seorang ustaz. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA YANG TIDAK TUTUP AURAT, WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

                                                            
 niCe piC! likE you by!!=)



trinGat kt mukE by tgOk hELIza!!=))))
                                                  

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”


word for you tonight...=)


I LOVE YOU SAYANG!

Isu Cinta - Andainya Perempuan Tahu

Hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.. Andainya Perempuan Tahu… 


- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yg nampak `desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan `flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

p/s : Jom kongsi dengan perempuan lain yang berada di luar sana.. :)


Petua Memujuk Teman Lelaki Yang Merajuk

Mengapakah si dia merajuk?



Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.


Wednesday, May 29, 2013

Sorry I can't be perfect


Sorry awak, saya tak perfect. Saya buat awak marah. Saya jahat >.< Mintak maaf sangat-sangat ! Saya tahu saya tak patut tanya awak perkara yang same. Saya tahu saya tak patut buat macam tuh. Saya just nak share n tanya pendapat awak. Saya nak share smua bende dengan awak. Saya tahu even awak cakap awak tak marah. Masih ada kecik hati dengan saya kan??? Awak kalau marah jangan simpan. Okey? Saya tak mau awak tipu diri awak sendiri. Sebab tuh saya suka awak marahkan saya. Apa-apa pun saya mintak maaf okey? Saya janji perkara macam nieyh tak kan berlaku lagi. Kita jaga relay kita nieyh sebaik mungkin. Saya nak perkara yang happy jewp jadi dekat kita :3


:: You are the love of my life, I know I don't say it as open as I should, But I really want you to know, When I say I LOVE YOU, it's with all my heart, you have my word, ALWAYS AND FOREVER until the end of time!


You Are So Special :)


Awak, tak pernah saya menjauhi diri saya dari awak. Sebab saya sayangkan awak. Tak pernah saya untuk sakiti awak. Sebab saya tak mau hukum awak. Saya tak pernah merelakan kecurangan berlaku. Sebab awak yang terbaik untuk saya. Tak pernah saya terfikir mahu berpaling dari cinta awak. Sebab awak lah cinta sejati saya. Tak pernah saya mendesak awak. Sebab saya fahami situasi awak. Tak pernah saya ragui akan cinta ini. Sebab saya bukan sang prejudice cinta. Tak pernah saya jemu menunggu awak. Sebab awak tak pernah jemu ingati diri saya. Salam cinta sejuta rasa, seteguh kasih cinta di hati, harap kita sama menjaga setia, demi cinta terulung ini ! ;D


:: when I say "i love you" i mean forever ! ;)


Just Untuk Awak Yang Saya Cinta ! :D

Assalamualaikum terlebih dahulu. Baca tajuk tuh. Malas nak intro panjang-panjang. Tahu tak sape yang aku cinta tuh? "Awak" yang aku maksudkan tuh ialah MOHD AMIN ALFAQSHAH! :D Aku sayangkan dia sorang. Bukan orang lain atau sape-sape.

Awak, awak nak tahu tak ? Awak sorang je boleh buat saya bahagia. Saya sayangkan awak sangat-sangat. Saya xde orang laen. Awak, sejak kita couple.  sayang saya dekat awak tak pernah kurang. Malah bertambah. Awak, macam-macam dah kita lalui bersama. Saya tak kan tinggalkan awak. Saya harap awak pun tak kan tinggalkan saya. Awak, sekarang saya masih sabar dengan semua karenah awak. Tapi awak lau saya xde sape nak jaga awak? Layan  karenah awak kalau tak saya? *starting crying. Awak, kalau awak boleh faham perasaan saya sekarang, saya dah boleh bersyukur sangat. Saya cintakan awak, Saya sayangkan awak. Bukan orang lain awak. Sumpah :'( Selama saya couple dengan lelaki laen, saya tak pernah selalu menangis kalau buat silap ataupun tinggalkan mereka. Dengan awak, setiap mase saya menangis taw. Awak, jangan tinggalkan saya ek. Saya betul-betul sayangkan awak.

Kalau boleh saya nak hidup dengan awak. Kita ada keluarga sendiri. Ada Baby. Baby tuh kita bahagikan kepada 2 huruf A dan D. Awak, saya  cukup gembira kalu kita tiap hari gembira. Biar orang kate kita berangan lebih. Janji angan-angan kita tuh kita akan capai suatu hari nantikan? Dan yang terakhir saya sayang awak selamanya  ! :D


:: Cinta dan sayang saya tak kan pernah berubah sayang :D


:: Saya hanya untuk awak :)


:: Saya harap kita akan bersama suatu hari nanti dengan keluarga kita sendiri, InsyaALLAH, Aminnn :D


Kenapa Bukit Tinggi ??? :)

Teringin nak pergi sane, i wish one day ade someone bawak kan kte kat sane yewp sayanggg ! ;) French Theme Resort, Colmar  Tropicate, Berjaya Hills, Bukit Tinggi..Taman tema resort yang bertemakan suasana di Perancis. Tak payah pergi Perancis dah. Pahang sudah..hehe














:: Keindahan seakan di oversea ! :D nice

30 Perkara :D

nasihat untuk semua wanita khususnya yg sudah bergelar seorg isteri tentang 30 perkara yg perlu dijauhi dlm kehidupan harian kita..smoga memberi mAnfaat (^^,)




MULAI hari ini,jGnlah anggap ianya remeh yE..=)

Telus Dari Hati :D

Awak, nak tahu tak npew stiap kaly awk mrah at saya, saya akn mtak maaf? Msty awk tak tahu kan knp? Okeii saya bgthu k, saya mtak maaf sbb saya xmau awk marah saya lame2 n biarkan emosi tuh mgwal prasaan awak hingga membuatkan awk mtak kata p**** at saya. Saya sanggup hati saya sakit bile mcg2 saya tak d'endhkan even saya mtak maaf banyak mane skaly pom..aslkan kata tuh tak kluar dari mlut awak, saya tak mau perkara same brulang lagi. Saya TAKUT kehilangan awak lagi ! Hope awak faham. Saya SAYANG awak sangat2.

Awakkkk, saya rindu sangat dekat awak. Hari nieyh setengah mati saya rindukan awak. Biasenya dapat jgak text awak sebelum tdow, bleh laa hilangkan ckit rase rndu nieyhhhh..hurmmmm. Awak, hari nieyh saya nak cakap yang saya cinta sampai bile2 dekat awak. Saya nak awak tahu, walaupun awak dah selalu dengar saya cakap macam nieyh kan????  Walaupun awak mybe dah bosan dengar :P Tapi saya tetap nak cakap jgakk dekat awakkk :D

Awak tahu tak yang awak cinta hati saya??? Cinta Mati saya??? Dan saya berharap awak bahawa awak lahh cinta terakhir saya. Saya janji, tak kan pernah tinggalkan awak. Saya pun dah cerita sal awak dekat family saya untuk membuktikan keikhlasan saya dekat awak. Awak, saya sangat berharap untuk memiliki awak, saya berharap sangat untuk hidup bersama awak. Saya sangat berharap yang awak ada niat yang same macam saya. Saya yakin dengan diri saya. Last but not less, saya sangat2 perlukan awak dalam hidup saya. Hope ALLAH satukan kita n hope kte same2 sabar mnempuh pelbagai dugaan yang mendatang, InsyaALLAH, Aminnnnn :)






Monday, May 27, 2013

Bila Hati Berbicara ! :D


Awak selalu cakap "I LOVE YOU" kat saya. 
Awak tahu tak betape gembiranya hati saya bile awak ucap kata cinta itu. 


Bila saya rindu..
Saya suka kenangkan saat mula2 saya jatuh cinta pada awak.
Rasa seperti indah jewp semua.
Diam2 hati saya berbisik.
"RINDUNYA DEKAT AWAK"


Saya selalu jadi bahan usikan awak..
Tapi kadang2 saya pun suka gelakkan awak.
Awak selalu ceriakan hati saya..
Terima kasih awak.


Kita duduk berjauhan..
Jumpe pun jarang2..
Tapi saya percaya dengan rasa cinta yang ada.
Saya akan terus setia dengan awak sampai bile2 ;)


Awak, That's me..


Awak, saya bukan sombong tapi saya malu. Awak, saya tak bisu tapi saya tak petah berbicara. Awak, saya tak banyak harta selain dari cinta saya. Awak, saya nak berlari laju-laju tapi saya selalu jatuh. Awak, saya nak ketawa biar semua orang ceria tapi saya selalu menangis sorang-sorang. Awak, saya nak jadi berani tapi saya penakut.

Awak, saya nak masak macam mama awak msak tapi saya masak tak sedap. Awak, saya nak jadi kuat tapi saya cepat mengalah. Awak, saya nak jadi tulang belakang awak tapi saya sendiry lemah. Saya nak jadi pelangi yang ceriakan hari awak, Saya nak jadi awan yang meneduhi awak, Awak saya nak jadi angin yang boleh awak rasa walaupun tak nampak. 

Awak, ini laah diri saya. Sanggupkah awak terime? 

Bakal Imam Muda Kecil ;)


:: I hope 0ne day, we will have children like this ! ;) InsyaALLAH, Aminnnnnn


kAu KEsayaNGanKU..PeNyeri HIdupKU (^_^,)


Kau KesaYanGANKU=)

Ya ALLah...akU amAt berSyukUr paDaMU keraNa engKau teLah memPerteMUkan aku dEngan sEorang iNsaN yg TerLalu bErniLai bg diRiku Ini...tIada harTA yg LebiH berHarga sElaiN seOrg Teman Hidup yg Telah CukuP2 seMpurNa diMata haMba mu Ini...kAu pNjgKnLah jOdoH kAmi sUpaya Kami daPat bERsama dAlaM sUsah daN seNang mENGhadApi DugAAn DaLam KehiDuPAn KamI....

sEmPurNanya kuRniaAnMU ini Ya ALLah...
Aku TERLalu berSYukur PAdaMU yA AllaH....
CINTA.....

"NUR DALILA DIYANA BT CHE ZAKARIA"


Sunday, May 26, 2013

keNanGaN KamI bErsaMa;)


:: sEweL x muka daLiLa??hak3..


:: sMart abG bjU kuNing niii....wEEEEwwwwiit!!=p


:: KeNangan kat mEsra mALL kot.hehehe..comeLL!!