Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 10, 2013

Maaf dan Memaafkan Amalan Yang Mulia

Entry ni bukan nak cerita pasal salah saya salah dia atau  siapa-siapa. Saya cuma nak membicarakan tentang perkataan 'Maaf'. Kata Maaf ni amat sinonim untuk dilafazkan bila kita buat salah dengan seseorang, right? Tapi bayangkan kalau kita selalu sangat buat salah dengan orang yang sama. Tak kan nak minta maaf banyak kali? Orang tu pun boleh muak dengan kata maaf kita. Ada orang kata..

"kalau kita minta maaf balik-balik, kata maaf kita tu jadi 'murahan' "

Betul. Memang kata maaf kita jadi sangat murahan kalau kita balik-balik minta maaf. Tapi hakikatnya, itulah benda yang harus kita buat kalau kita salah cuma kena betul caranya supaya tak nampak murah sangat. Simple ja. Kalau kita buat salah, minta maaf lepas tu ubah diri kita. Ada orang kata...

"lepas minta maaf, perangai tetap sama macam dulu, buat salah yang sama jugak.. kalau macam tu tak payah minta maaf!"

Kalau Imam Syafie suka menjawab dengan menggunakan logik akal. Cuba fikirkan, ada tak bijih benih kalau kita baling ke tanah, dalam masa sehari terus jadi pokok dan berbuah? Rasanya tak ada. Kalau tak percaya, pergi buat eksperimen sekarang. Macam tu jugak dengan manusia.. Tiada manusia yang boleh berubah jadi baik dalam sekelip mata. Semuanya memerlukan masa yang lama. Tak mengapa kalau memerlukan masa, kerana hasilnya pasti berkualiti. Yang penting kita kena banyak bersabar. Jangan baru bebuah, belum masak sudah dipetik dan dikritik hasilnya. Adunan kek baru masuk oven, tekan 200 darjah selsius, baru 5 minit terus keluarkan, mesti hasilnya teruk sangat. Memang manusia dicipta dengan sifat tidak sabar seperti firman Allah..

"manusia itu diciptakan mempunyai perasaan gelisah dan keliru dan tidak sabar. Apabila ditimpakan kesusahan dia keluh kesah, apabila dianugerahkan kebaikan dia jadi sombong, kecuali orang yang solat dan tetap melakukan solat." Surah al-ma'arij 19-23.

Tetapkan niat untuk berubah dan tetap sabar. Allah tak pandang hasilnya tapi Allah pandang usaha kita untuk berubah. Dunia ini hanya penjara buat orang islam dan kita akan menuai hasilnya di akhirat kelak. Kalau kita ada buat salah dengan sesiapa pun, tak kira umur, kena minta maaf. Kalau kita buat salah dengan Allah kita mohon ampun dengan Allah tapi bila mana kita buat salah dengan manusia, kita kena minta maaf dengan manusia. Boleh jadi hanya disebabkan kita tidak mendapat kemaafan dari manusia yang kita buat salah dengannya di dunia dulu, seseorang yang sepatutnya masuk Syurga ditarik ke dalam neraka. Nauzubillah..

Kalau ada orang yang buat salah dengan kita, cuba maafkan. Meskipun sukar tapi cuba kita fikirkan. Siapa kita nak bongkak tak nak maafkan manusia yang buat salah dengan kita? satu jari kita tunjuk dia kerana kesalahannya, empat lagi menuding ke arah diri kita sendiri. Sebenarnya tiada istilah 'maaf murahan' hanya disebabkan dia balik-balik minta maaf, malah itulah kata maaf yang paling mahal. Kerana kita yang sebenarnya salah menilai kata maaf seseorang itu. Hanya Allah saja tau sama ada kata maaf itu ikhlas atau tidak. Kita sebagai hamba terima saja maafnya dan melupakan hal lalu. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang sanggup memaafkan salah manusia lain meskipun terlalu sukar.

No comments:

Post a Comment