Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 5, 2013

"Aku Akan Terus Bersabar!"


Alhamdulillah .. hari ini rasa lebih baik .. mungkin aku bukan seorang yang kuat , tapi aku tahu aku adalah seorang yang sabar .. so Insyaallah segala ujian dan dugaan semua akan dihadapi dengan baik .. tu lah orang cakap " darah manis ni jaga diri elok2 , banyak ujian " .. ada kebenaran , sebab aku sendiri dah rasa .. sebelum ni dengar orang bercerita je , tapi bila dah rasa sendiri baru lah faham .. Ujian itu datang dengan pelbagai cara .. kita mungkin diuji dengan cara begini , tetapi orang lain lebih berat ujiannya dari kita .. kadang2 masalah yang datang itu macam2 percik2 api jek , tapi boleh menjadi api besar . 

Sebenarnya , dalam tempoh bertunang atau tidak .. ujian dan dugaan itu tetap akan datang samada kita dalam tempoh bertunang atau pun tidak . Tetapi sewaktu bertunang itu geloranya sedikit lebih dari biasa . Bagaimana kita menjaga emosi kita , kewangan , perhubungan dengan pasangan , keluarga / keluarga pasangan . Masa bertunang ni , serba sedikit kita akan dapat lihat perangai dan peribadi pasangan kita .
Syaitan memang tak suka hamba Allah membina masjid , so tu sebab ia akan cuba menggangu pasangan yang bertunang .. jika kita tak sabar dan jika kita tak kuat , nanti baru sahaja dipacak tiang masjid, ia sudah seakan mahu roboh. So mari kita sama2 berusaha untuk memacak tiang masjid, agar tiangnya itu utuh tidak rapuh. 

Pada aku , saat kamu dan kamu sudah bersedia untuk bernikah dan dari segi urusan persediaan , kewangan , dan lain2 aspek telah mantap lebih baik SEGERAKAN PERNIKAHAN . Tak usah bertunang lama2 . Tanyalah kepada sesiapa pun yang pernah merasai dugaan bertunang itu , pastinya mereka juga akan menasihati supaya segerakan pernikahan .  Tetapi kami cuba fikir lebih positif bahawa kami bersyukur dalam tempoh pertunangan ini , kami diberi peluang untuk persiapkan diri , kuatkan agama , belajar ilmu keluarga , belajar kuatkan hati dan iman supaya esok2 apabila kami berkeluarga kami lebih bersiap sedia . Semoga Allah memberi kekuatan , kesabaran , semangat dan keyakinan yang tinggi untuk menghadapi dugaan dan ujian akan datang .

Sayangi apa yang kita ada , hargailah dengan sebaiknya . Yakin pada Allah , Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNYA .. Kuatkan hati masing2 supaya tidak menjadi orang yang mudah berubah hati , cepat melenting dengan ujian akan datang , belajar untuk menghargai apa yang tersedia baik untuk kita . Pernikahan itu besar maknanya , perlu hayati makna sebenar pernikahan . Bukan setakat faham , tetapi perlu praktikkan kelak apabila kita membina keluarga . 


Sedikit ilmu yang aku jumpa , bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah. 

Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.

Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.

Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.

Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.

#Semoga jodoh kami kuat , semoga Allah memberi perlindungan dan kekuatan pada kami . JAuhi kami dari fitnah , khianat , dengki manusia yang lain . Kuatkan hati kami . Pegang kuat2 hati kami supaya tidak mudah goyah . Sesungguhnya Engkau lah Maha Pemilik Hati2 kami . Kami ini hambaMu , kami merancang .. Engkau juga merancang .. tetapi perancangan Engkau lebih baik .. Kami berusaha untuk menjadi yang lebih baik .. Insyaallah dengan izinMu .. Amin ..

No comments:

Post a Comment