Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 6, 2013

" Rasa Kecewa "


Setiap antara kita pernah rasa kecewa dengan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita. Mungkin kita pernah kecewa dengan masalah keluarga, putus cinta, atau gagal mencapai sesuatu yang kita impikan dan usahakan selama ini. Rasa kecewa adalah sesuatu yang normal dan adakalanya sukar dielakkan namun jangan sesekali membiarkan rasa kecewa ini menguasai diri kita.

Rasa kecewa yang ada dalam diri kita, kalau tak dapat dikawal, boleh menyebabkan kita mengalami masalah kemurungan atau tekanan perasaan. Sekiranya ianya dibiarkan begitu saja, ada kemungkinan kita bertindak diluar jangkaan seperti cubaan membunuh diri.

Ada pelbagai cara untuk kita mengurangkan kecewa yang ada dalam diri kita. First, TERIMA KENYATAAN. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Kita perlu redha dengan segala ketentuaanNYA. Adakalanya sesuatu yang terjadi dalam hidup kita adalah untuk menyedarkan dan menginsafkan kita.

Secondly, BERFIKIR SECARA POSITIF. Jangan terlalu mengikut perasaan dan emosi. Kita perlu pandai mengawal perasaan kita sendiri. Cuba pandang masalah kita dari pelbagai aspek. Berusaha untuk bangkit semula dan ubah nasib kita.

Thirdly, LUAHAN PERASAAN. Cuba luahkan masalah kita kepada seseorang yang dipercayai seperti keluarga atau sahabat baik. Cuba dapatkan pandangan dan nasihat dari mereka. Pastinya dapat mengurangkan sedikit kekecewaaan kita. Then, PERMULAAN BARU. Cuba beri tumpuan pada hidup kita dan cuba untuk tidak mengulanginya. Fokuskan kepada sesuatu yang mampu membangkitkan semangat kita. Jangan biarkan perkara yang remeh menghancurkan hidup dan masa depan kita.

Lastly, memang bukan mudah untuk memadamkan rasa kecewa yang kita alami. Namun kita tak sepatutnya membiarkan sesuatu dugaan menjadi penghalang untuk kita terus maju melangkah ke depan. Gagal hari ini tak bermakna kita gagal untuk selamanya. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang cuba mengubahnya. Kalau di ikutkan jugakk perasaan dan emosi tuh, sampai esk n smpai ble2 pom tak habis. So tuk menghilangkan rasa kecewa tuh, just stay cool n think positif. ALLAH ALWAYS BE WITH US :-)

#PeringatanUntukDiriSendiri :D 

No comments:

Post a Comment