Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Anniversary tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 6, 2013

"Just For You Dear"


BUAT AWAK ..

Bukan kerana rupa, harta, pangkat atau nafsu saya memilih awak. Mungkin awak adalah doa yang selama ini saya pohon yang ALLAH makbulkan. Alhamdulillah. InsyaALLAH segala pesan awak saya ingat. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang ALLAH. Saya mohon, tolong jangan ragu dengan saya. Kerana ALLAH saya inginkan awak. Jujur tiap kali dengar awak mengaji buat saya tersentuh :') Saya percaya ALLAH Maha Penyayang. Dia sayang saya dan pertemukan saya dengan awak. Awak yang selalu ingatkan saya tentang solat, tentang agama. Saya percaya pada cinta selepas nikah. Apapun jadi kalau jodoh milik kita, kita tetap akan bersatu kan? Simpan rindu, simpan sayang, simpan cinta. Semua kerana ALLAH. Kita cuma perlu berdoa dan terus berdoa semoga jodoh milik kita. Aminnnnnnn. 


AWAK..

Kerana ALLAH saya ingin memiliki awak, maka tiada lain yang saya ingin miliki melainkan awak. Hanya awak! Tolong jangan ragu dengan saya. Tapi tetap percaya dengan apa yang ALLAH rancangkan untuk kita. Ada jodoh atau tidak, ALLAH Maha Mengetahui kebaikan buat kita dan kita tidak berhak mempersoalkan rencana-Nya.


Ada kebaikannya andai kita jarang berhubungan sesama sendiri. Mungkin dapat menghindarkan hasutan syaitan supaya kita terus leka dengan percintaan. Nauzubillah sungguh saya tidak mahu mencintai awak melebihi dari saya mencintai ALLAH. Izinkan saya mencintai ALLAH lebih dari saya mencintai awak. Yang kedua saya perlu mencintai keluarga saya terutama abah dan mama saya. Selepas itu baru laa awak =) Saya harap awak faham.

Jangan marah kalau saya kurang layan awak. Jangan marah kalau saya kurang berhubung dengan awak. Ketahui laa saya sendiri sedang berjuang untuk tidak terhasut dengan hasutan syaitan yang selalu suka mengapi-apikan kita. Yang selalu ganggu dan meracau fikiran kita untuk mendirikan masjid. Maafkan saya ye awak. 

Demi ALLAH, hanya awak. Kerana ALLAH, hanya awak. Tiada lain, bersabar laaa. Terima kasih tuk segalanya :-)

No comments:

Post a Comment